Tuesday, 8 June 2021

Karnival Catur SRAI 2021

Menjelang Ramadhan hari tu kalau tak silap Ummi Karnival Catur SRAI ni diadakan, secara online. 

Ada pertandingan catur online tapi anak-anak Ummi tak join. Angah walaupun pandai main catur, dia tak minat main online chess. Dah beberapa kali kawan-kawan ajak tapi dia tak nak. Tambahan pula kalau nak kena record pergerakan buah catur dsbnya. 

Tapi, Angah setuju untuk join workshop pengenalan online chess ni. Kakak pun joined juga untuk Tahap 1. Bila depa joined bengkel ni dua-dua cakap tak minat main online chess. Takpelah, Ummi tak paksa. 

Selain bengkel dan pertandingan catur online ada pelbagai pertandingan lagi diadakan. Yang bestnya sijil penyertaan disediakan. Jadi, untunglah anak-anak, mudah nak dapat sijil. 

Kakak masuk pertandingan mewarna... 
Angah pula Ummi pujuk masuk pertandingan teka silangkata. Ingatkan senang, last day untuk submit penyertaan baru print teka silangkata tu. Rupanya susah betul terutama noobs macam kami dua beranak 😅 Dah give up tapi kawan-kawan organizer suruh buat juga. Depa pun nak penuhkan kuota penyertaan jadi nak taknak kita 'sapot" ja le... Jenuhlah kami meng-Google. Allah pandang rupanya usaha kami, tahu-tahu ada rezeki Angah, dapat tempat ketiga. Alhamdulillah. 

Last day sekolah sebelum PKP 6 Daerah di Selangor tu dia dapat medal. Guru penaung datang kelas ke kelas untuk kalungkan medal. Senyum lebar anak bertuah Ummi sorang ni :) 

Kakak pula, Ummi target dapat hadiah, at least saguhati, pulang dengan tangan kosong. Itulah dinamakan rezeki kan? 



1 comment:

  1. Betul itu, kadang-kadang tidak boleh letak harapan tinggi. Alhamdulillah Angah menang. Kakak itu walaupun tidak menang macam Puan Hazel cakap Allah pandang usaha.

    ReplyDelete