Sunday, 27 June 2021

Durian Kampung Kahwin πŸ€”

Ada dua jenis durian yang Ummi biasa makan di waktu kecil iaitu durian kampung dan durian kahwin.

Pokok durian kampung ada kira-kira 10 batang di dalam dusun Tok Wan. Walaupun tak banyak tapi lebih dari cukup untuk makan sekeluarga dan jiran-jiran. Siap boleh jual lagi. Manakala durian kahwin pula sesekali dapat merasa bila Tok Malik, besan Tok Wan kirimkan untuk kami. Beliau juga punya dusun durian yang luas di kampungnya. 

Tapi, semalam Ummi & Walid jumpa peniaga yang jual durian kampung kahwin.  First time ni Ummi jumpa. Tapi, itulah lupa pulak nak dapatkan lebih info sebab asyik memilih durian. 

Yang kuning ulas besar ni macam durian kahwin. Yang kecik sikit ulasnya tu macam durian kampung. Ke dia maksudkan durian kampung dan durian kahwin? Senang nak sebut, sekalikan je... durian kampung kahwin :D Entahlah Labu :p 

3 biji RM50.  Harga kayangan bagi golongan marhaen macam Ummi ni. Tapi, sebab anak-anak request nak makan durian, tak sampai hati pulak nak tolak. Sementelah Ummi pun hantu durian 😁 Alhamdulillah isi semua elok. 

 Durian ni dari Jelebu, Nismilan. Teringat pergi Pilah hari tu... Banyak juga pokok-pokok durian di tepi-tepi jalan. Kalau musim durian mesti lagi meriah area ni.. Dekat area tempat tinggal Ummi ni durian kampung sekilo RM18. Di kampung Ummi harganya RM8-12. Untung depa, dapat makan durian murah dan fresh. 

Dapat makan mentah, makan dengan pulut dan kuah durian. 3-in-1 kira berbaloilah.. Alhamdulillah, satisfied our durian craving, at least for now haha :D  







7 comments:

  1. Alhamdulillah
    dapat menjamu durian

    ReplyDelete
  2. Haaa.. hari tu Pak Inche beli durian kampung kahwin ni sekilo RM20, memang mahal la sebab dulu baru RM8 sekilo..nasib la duriannya elok2 dan kena RM60 jer. Serik dah berhabis beratus ringgit beli durian.

    ReplyDelete
  3. Zaman dulu makan hanya jumpa durian kampung saja. Biji besar tapi aromanya satu dusun! Sekarang macam-macam jenis durian ada. Tapi kalau jumpa durian kampung yang kawin atau tak kawin tetap nak pulun juga.

    ReplyDelete
  4. tgh musim durian skarang..sana sini org update....dlu ekcik2 suka mkn durian..dh besar ni tk brp...tp kalo mkn ngan pulut ok

    ReplyDelete
  5. Hehe sudah lama lepas makan durian. Takdelah hantu sangat makan durian tapi bolehlah lepas merasa.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. tertunai dah craving akak..

    hari tu husband bawa balik sebiji durian. saiz tak lab besar sangat, sederhana. Bila buka, dptlah 6 ulas utk dikongsi 8 mulut πŸ˜… gelak sakit perut kami laki bini..mujur bukan hantu durian sgt.

    ReplyDelete
  7. Kampung pun...sexy isinya....πŸ˜‹

    ReplyDelete