Friday, 18 June 2021

Random Food Photos ~ Edisi Gombak I


Entry santai-santai je lah petang-petang Jumaat ni... sambil-sambil belek phone, sambil-sambil clear-kan photos dalam phone gallery. Untuk kali ni, kita mula dengan Edisi Gombak dulu ye.  Next time kita buat Edisi Jitra, Baling... :P

Biarlah orang cakap mental pun sebab suka snap & share gambar makanan haha.. Rasanya memang agak mental sejak Covid  yang dah masuk tahun ke-2 ni ;( 

Bihun Pa&Ma homemade. Senang sangat nak buat. Resepi nanti-nanti ye... 

Kari Kaki Ayam. Dah tak tau nak masak apa dah sebenarnya. Hari-hari masak ayam sampai dah tepu idea. Dua tiga hari lepas nampak Cik Puan SK masak kari kaki ayam ni, Ummi tiru je lah :) 

Semalam beli rambutan, Adik request. Sekilo RM 8. Tunggulah buah banyak nanti, tinggal sekilo 5 ringgit je selalunya. 

Pisang masak ranum ni sebekas RM5. Purposely beli untuk buat cekodok. Anak-anak suka. Ummi pun dah pandai buat cekodok sekarang. "Macam Tok buat", kata anak-anak. Alhamdulillah sebab sebelum ni arwah Tok rajin buatkan cekodok untuk depa. 

Kuih sago gedik-gefik dari Uncle Alam. 

Nasi Lemak Kunin & Sambal Ayam. Kalau loghat Utara pior, huruf g kat belakang tu ditiadakan (silent). Itu yang kuning jadi kunin :) Ummi ni depa panggil oghang Balin, instead of Baling 😁 Nanti Ummi share resepi Nasi Kunin Utara ni, انشاء الله

Birthday Feyel 11/6 dapat pizza, birthday cake & goodies. 


Homemade coleslaw. Konon nak buat set ala KFC, tapi coleslaw je yang jadi :( Ayam Goreng dan mashed potatoes tak jadi, takde gambar haha...

Siakap Stim Limau resepi Che Nom kot. 

Selamat berhujung minggu! 

2 comments:

  1. Takpe kongsi gambar makanan. Saya takde rasa bosan lebih-lebih lagi pemberian orang.
    Saya pula dalam blog saya asyik kongsi dapat hadiah, masuk peraduan dan tangkap nombor. Hehe kadang-kadang terfikir mesti orang bosan baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy suka :)
      Suka 'besarkan' nikmat Allah bagi di samping sbg rasa penghargaan kpd si pemberi.

      Delete