Monday, 7 June 2021

Abang ~ Genap Sebulan


6/4 Abang masuk asrama 

7/5 Abang balik dari asrama sempena Aidilfitri


7/6 Genap sebulan Abang duduk di rumah

Semalam YBMK Pendidikan announced PdPR disambung lagi hinggalah cuti pertengahan tahun yang dijadualkan bermula pada 17/7/2021. Maknanya lama lagilah Abang akan duduk di rumah. 


Setakat ni alhamdulillah PdPR yang dilaksanakan oleh SMKA ni memuaskan hati Ummi. Dari pagi sampai ke petang kelasnya. Memang nampak penatlah tapi takpe, berpenat lelah untuk ilmu besar ganjarannya. 


Abang dah di depan mata ni Ummi tak risau. Kita nampak apa aktivitinya... Boleh semak hafazan, homework, presentation dsbnya... Alhamdulillah dah nak habis Juz 2 hafazannya. Campur semua dah hampir 4 Juzuk Abang hafal, alhamdulillah syukur banyak kemajuan walaupun keterbatasan waktu disebabkab PKP. Nak bagi istiqamahsepanjang cuti sekolah ni Ummi regi dia untuk Kelas Hafazan Intensif yang dianjurkan oleh sekolah. 

Sepanjang sebulan di asrama hari tu boleh dikatakan waktu yang sangat mencabar bagi kami. Masa pergi haji dulu memang tinggalkan anak-anak tapi lain ceritanya sebab kita pergi untuk beribadah dan anak-anak pun tinggal dengan keluarga. Rasa terjamin dari segala segi. Tapi, bila masuk asrama dalam musim PKP ditambah dengan segala peraturan yang membataskan pertemuan anak dan ibu bapa maka bertambahlah runsing hati sang ibu :D Tiada lawatan, tidak boleh balik bermalam, tiada outing antara norma baharu asrama yang terpaksa kami hadap. Ummi ingat parents form 1 je yang gelisah tapi rupanya yang anak dah form 4 pun taknak kalah. Lagi teruk rupanya rindukan anak hehe... 

Empat hari pertama paling siksa bagi Ummi. Tempoh kritikal for both sides nak sesuaikan diri. Isnin Abang regi, Sabtu tu kami ke asrama. Tak boleh melawat tapi dibenarkan untuk hantar barang. Abang tertinggal jam tangan dan tali pinggang yang beli di koperasi pun tak muat rupanya. Pagi sebelum daftar baru perasan, redha je lah. Terpaksa Abang kempiskan perut nak bagi muat juga. Tersiksalah selama 4 hari tu haha.... 

Siksa betul masa ni... Anak depan mata tapi tak boleh nak peluk cium 😭😭😭 Sembang pun jauh-jauh sebab ikut SOP. Mata Abang pun berair juga :( Barang yang dikirim tu pun letak di pondok jaga je. 

Adik-adik melambai dari dalam kereta je...luar pagar sekolah pulak tu. "Abang nampak lambaian pun dah OK", kata Abang.  

Dapat nota ni, meraung Ummi tau!

Masuk minggu kedua, keadaan bertambah baik. Alhamdulillah syukur sangat. Cepat Abang sesuaikan diri. Setakat call 2-3 kali sehari tu Ummi layan je... Sebab bila baca di WA Group ramai ibu ayah runsing anak masing-masing dah mengadu pelbagai perkara; penat, takde kawan, homesick.. Lebih teruk ada yang nak tukar sekolah :( Pihak sekolah melalui kaunselor pun sediakan kaunseling untuk yang memerlukan. Alhamdulillah Abang dikategorikan OK. Cg Sally, cikgu BI Abang di SRAI pun kagum dengan semangat Abang. Anaknya dulu setahun masih homesick! 

Ummi ni doa je banyak-banyak bagi Abang mudah sesuaikan diri. Selalu sedekah Al Fatihah untuk dia setiap kali teringat dia. Minta Allah bagi dia kemudahan, kebaikan dan dikelilingi oleh meraka yang baik-baik. Alhamdulillah, Allah tempatkan Abang bersama anak Cg Sally dan abang-abang senior yang baik-baik. Setakat marah-marah, usik-usik tu biasalah... Seronoknya dia duduk asrama sampaikan petang hari balik dari asrama tu dah sebut rindu asrama. Amboi... Satu lagi, sebagai ibu hati kita kena keras juga. Jangan layan sangat perasaan kita ataupun perasaan anak tu... Bila dia cakap rindu ke penat ke, tiup balik semangat pada dia. Selain tu Ummi elakkan untuk cerita pasal TV ke, aktiviti adik-adik ke yang buat dia teringat dsbnya. Tapi kantoi juga sebab Abang baca blog Ummi haha... Sabtu petang depa boleh pi computer lab, boleh layari Internet. Abang pun apalagi, bacalah blog Ummi. 

Yang paling Ummi kagum, bab pengurusan diri. Kalau di rumah ni segala kerja nak kena suruh 2-3 kali tapi di asrama laju pulak dia! Pukul 4.30 pagi dah bangun mandi. Basuh baju, gosok baju semua dah boleh buat sendiri. Sebelum ni semua nak kena bersuruh... Pandai bawak diri alhamdulillah. 

Dalam keadaan semasa ni Ummi rasa duduk di rumah lagi selamat. Memang alu-alukan sangat KPM sambung PdPR ni. Cuma, harap keadaan tak berpanjangan sebab nanti nak start semula rutin hidup di asrama dan menyesuaikan semula diri akan ambil masa juga. Nak buang rasa complacent tu bukan mudah. Bukan Abang je, Ummi pun nak kena lalui semula fasa rindu-rinduan tu yang tak tahan :P




2 comments:

  1. Aduh kuat abang. Cepat menyesuaikan diri.
    Alhamdulillah tiada masalah untuk teruskan pembelajaran di rumah.

    ReplyDelete
  2. Good job fawwaz.
    Uminya pun.
    Banjir teruk

    Takpelah ada kawan.
    Abg long ni sorang2 diperantauan.
    Hihi

    ReplyDelete