Monday, 14 June 2021

Day 1 PdPR 3.0

Credit source. 

Jangan kata separuh nyawa, sikit pun tak rindu dengan PdPR ni haha... Tapi, sebab dah makin terbiasa dengan keadaan ni, I tried to make the best of it. Segala persiapan dan kemudahan untuk PdPR anak-anak tetap Ummi sediakan the best we could. Satu je masalah, ink printer dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Kedai stationery tutup sebab PKP. Terpaksalah  order online. Itupun ambil masa juga nak deliver katanya. 

Setiap fasa (?) PdPR, setiap kali tukar setting tempat belajar depa. Semuanya demi nak menghasilkan mood belajar yang terbaik untuk anak-anak. Gitew...

Kali ni dok tepi tangga pulak. Meja merah tu baru beli, RM100 sebab meja lama terbakaq masa letak tungku untuk rebus ketupat raya
hari tu 😅

Berbalik kepada PdPR, di pihak sekolah pun nampaknya lebih bersedia dan ada penambahbaikan dijalankan. Sebelum ni SRAI hanya 2 subjek 1 hari, dengan 2 set jadual berlainan untuk minggu genap dan minggu ganjil. Tapi, kali ni  3-4 subjek untuk satu hari. Sesi PdPR juga secara bersemuka di platform Google Meet, bukan sekadar tugasan melalui aplikasi WhatsApp dan Google Classroom sahaja. Ini bermakna, kelas Angah dan Kakak adalah secara back to back. Dari 8.00 pg hingga 1 t/hari adalah PdPR. 

Kakak ni kalau masuk kelas online, kemain bersemangat. Ummi di tingkat atas pun boleh dengar suara dia bila dia berinteraksi dengan cikgu :D

Kelas kedua dia dah penat duduk atas kerusi. Bersila atas lantai lagi selesa katanya :D. Asalkan nak belajar, Ummi ok je. 

Adik atas tilam pun boleh buat homework haha... Angah tu dah kelas no 4 tu... Belajar kat bilik Ummi pulak. Lemau dah tu :D 

Abang steady... Ummi dah tak perlu pantau sangat. But still kena push dia juga untuk siapkan tugasan cikgu bagi. Suka tangguh kerja 😇 Abang ni kelas dia lagi lama, sampai petang... Sekolah dia ikut macam jadual hari biasa. Sebelah petang ada tutorial, sebagai ganti 'kelas prep'. Mujoq 'prep malam' takde hehe..  Cuma minggu ni hafazan secara rakaman video sebab Ustaz Halaqah ada kursus. 

Untuk PdPR kali ni, Angah cakap dia nak jadi orang terawal siapkan setiap tugasan cikgu bagi... Petang tadi pulun buat tugasan PSV; Bakul Cantik. 

Semalam pulun buat tugasan Kek Cawan, tugasan sebelum cuti sekolah. Lama sangat KIV, last night baru turned in tugasan di GC. Takpe, kita raikan semangat dia 💪💪💪

Alhamdulillah all went well for day 1. Esok-esok tak tahulah kalau Ummi bertukar jadi singa 🤭


6 comments:

  1. Haah kalau saya dahulu buat kerja rumah bertukar-tukar tempat. Bukan boleh tahan duduk atas kerusi sahaja.
    Hehe bertabahlah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH dulu suka menulis dalam posisi meniarap haha

      Delete
  2. samalah kita ink printer dh tinggal nyawa² ikan.. pdpr hari ni kelam kabut sikit sebab maknya pun ada kelas dan meeting jugak... huhu... stress jugak pdpr & bdr ni sbnrnya

    ReplyDelete
  3. seksa la pdpr ni. letih! mana nak tgk keje ofis. pdpr.
    pastu nak pantau keje diorang selepas settle kelas memasing.
    tak suka!

    ReplyDelete