Wednesday, 14 April 2021

Tercekik Tulang

Semalam Ummi tercekik tulang ikan. Bukan tulang halus panjang atau bercabang macam ilan terubuk tu... Ini tulang pipi ikan!

Simpan bukti nak bagi hangpa tengok :p 

 Jangan tanya macamana boleh tercekik, Ummi pun tak tahu. Nak kata gelojoh tak kot sebab dah suapan terakhir. Allah nak tegur Ummi agaknya sebab dalam hati dok teringin nak tambah nasi lagi 🤭

Cepat-cepat Ummi ambil air kosong, baca selawat dan Bismillah 5 plus selawat tafrijyyah. Hembus, minum sambil doa dalam hati agar tulang tu terkeluar. 

Alhamdulillah tak lama kemudian lepas telan nasi kepal, kunyah tembikai tulang tu berjaya dikeluarkan. Alhamdulillah syukur sangat sebab sakit tekak ni rasa tercucuk. 

Sebenarnya selalu juga Ummi amalkan selawat dan Bismillah 5 kalau anak-anak tercekik tulang. Tapi kali ni Ummi baca selawat tafrijyyah sekali sebab dalam selawat tu ada ayat berbunyi  seperti di bawah...


Sejak akhir-akhir ni Ummi baru berjinak-jinak mengamalkan selawat tafrijyyah ni sebagai zikir. Amalkan selawat ni contohnya 11x selepas solat fardhu. Banyak manfaat dan kelebihannya. Cuba hayati maknanya satu-persatu.

Khabarnya inilah amalan awet muda  Datuk Nik Noraini Nik Yahya, ibu kesayangan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Walaupun usia sudah melewati 70-an, beliau tampak sihat dan segar selalu. 

Cubalah amalkan, انشاء الله hati lebih tenang, urusan harian jadi lebih senang. Bila hati senang dan tenang, pastinya terpancar pada wajahkan?

6 comments:

  1. Alhamdulillah, mujur tak teruk jugak kes tercekik tulang ni, sebab tulangnya tu nampak lebar.. semoga doa dan amalan dimakbulkannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah SK sbb memang tak tak selesalah kan selagi tulang tu berada di tekak.

      Delete
  2. allahu...besar gak tulang tu...syukur tak memudaratkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SA. PH pun terkejut but at the same time syukur sebab tulang tu berjaya dikeluarkan.

      Delete
  3. Haah mesti sakit tekak lepas itu. Saya pun kadang-kadang takut makan ikan. Lagi tidak berani sentuh ikan terubuk/padang.

    ReplyDelete
  4. Ye NA. Sakit tekak dan sedikit trauma. Tapi kejap je lah, time sahur makan juga ikan :D

    ReplyDelete