Thursday, 1 April 2021

Staycation @ Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam

Dalam banyak-banyak hotel yang kami hubungi, hanya Holiday Inn Glenmarie Shah Alam yang kolam renangnya dibuka. Jadi, kami pilih hotel ni untuk staycation dan hadiah percutian untuk Abang sebelum masuk asrama. 


Hotel ni letaknya berhampiran Bangunan DRB-Hicom. Agak jauh dari pusat bandar Shah Alam. Tapi okay je sebab tujuan kami pun hanya nak lepak di hotel saja.

Ini bilik kami; family room. Harga semalam RM 238 (tanpa breakfast). Bilik luas dan selesa untuk kami berenam. Cumanya dekorasi dan room style quite old fashioned. Hotel lama, masih guna karpet. Ada bau kepam :( 

Bantal superb :) 

Selain tu mini fridge dan iron pun disediakan. Lengkap semuanya...

Tapi, saluran TV kurang menarik. TV1, 2, 3 yang biasa tu pun takde. Boring jugalah. Tapi hand phone kan ada :p 

Kebetulan malam tu, sempena malam Nisfu Syaaban ada bicara santai tentang Ulul Albab di FB page Maahad Muar. Kami layan program ni je lah. Alhamdulillah sikit sebanyak dapat juga input tentang  Ulul Albab ni. 

Ini bilik pula air. Ada bath tub. Kira bonus bagi anak-anak. Ummi pun suka sebab lebih selamat. Tak perlu share dan anytime boleh berendam. Sesekali je jenguk bilik air untuk pastikan semuanya ok. 

Tapi, sebelah petang tu bagi juga peluang depa mandi pool. Memang ini pun tujuan ke hotel ni kan?

Ramai orang esp kid's pool. Risau juga Ummi tapi nampaknya masing-masing cuba patuh SOP. Mandi ikut group masing-masing je. 

Adult pool takde orang sangat... 

Cantikkan? Ini lounge, view dari kolam renang...

Belakang pool golf course... 

Lobi cantik 👍👍👍 
Eh, di lobi ni Walid iv dengan company  dari Terengganu tu :p

Baca sini: Belum Rezeki Kami

Tak ada apa sangat yang Ummi boleh highlight pasal hotel ni. Sekarangkan banyak hotel baru dengan fasiliti yang lebih moden jadi bila ke hotel yang dah agak lama, rasa biasa je. 

Apapun seronok dapat bercuti walaupun sekadar satu malam saja :D 

Terima kasih Walid 🌹🌹🌹


3 comments:

  1. Hehe orang sudah biasa duduk hotel boleh buat perbandingan hotel yang seronok dipilih.

    ReplyDelete
  2. Hotel lama kalau upgrade decor mesti lagi cun kan. Yang bestnya ada bathtub anak anak boleh berendam dan seronok stay sini ada swimming pool sekali :)

    ReplyDelete
  3. IONQQ**COM
    agen terbesar dan terpercaya di indonesia
    segera daftar dan bergabung bersama kami.
    Whatshapp : +85515373217 :-* (f)

    ReplyDelete