Monday 26 April 2021

Resepi ~ Udang Masak Kelapa (Udang Go Nyo)

Satu lagi resepi airtangan arwah Tok yang sentiasa jadi kegemaran Ummi dan arwah Pakcik. Resepi ni kami panggil dalam loghat Baling 'Udang Go Nyo'. Maksudnya Udang Gaul Nyior (Kelapa). Ummi translate sikit ke bahasa rasmi supaya mudah difahami iaitu Udang Masak Kelapa. 

Gambaq tak berapa lawa, tapi rasa mabeles 🥰 

Resepi ni sangat mudah tapi sedap. Jom Ummi kongsikan resepi tradisi tinggakan Tok... Cuma Ummi minta maaf, sukatannya agak-agak saja sebab style Tok memang begitu. Agak-agak, campak-campak. Ummi belajar pun banyak melalui pemerhatian, bukan sukatan tertentu. Lagi satu, guna udang kecil (udang kapas). Udang besar pun boleh tapi yang sedapnya udang kapas ni. Dulu-dulu mana mampu sangat beli udang besar-besar kan? Family kamilah :( 

Bahan-bahan
Udang kapas 
Santan
Garam
Gula 
Asam keping

Bahan Tumbuk
Bawang merah
Bawang putih
Serai - diracik
Kunyit hidup
Cili padi 
Kelapa 

Cara-cara
1. Masukkan bahan tumbuk, udang dan santan. Jerang diatas api perlahan sambil sentiasa dikacau supaya santan tak pecah minyak.

2. Bila hampir mendidih, masukkan asam keping. 
3. Kemudian perisakan dengan garam dan gula. Renehkan hingga kuah sedikit pekat dan udang masak. Tutup api. Siap! 

Senangkan? Cuma cabarannya nak tentukan sukatan bahan yang digunakan. Ummi pun dah banyak kali masak baru pandai nak agak sukatannya. Itupun depends pada kuantiti udang yang digunakan juga. Lagi banyak udang, lagi banyak bahan tumbuk yang digunakan. 

Lebih kurang masak lemak juga cuma bahan tumbuknya termasuk kelapa, bawang putih dan serai. Lagi satu, sukatan santan hanya separas udang sebab masakan ni tak berkuah sangat. Rencah tumbuk tu sebenarnya akan jadi kuahnya. Gaul yang tu saja dengan nasi, walah! 

Selamat mencuba 🤗

3 comments:

  1. Macam belum pernah makan lagi lauk begini.

    ReplyDelete
  2. Ada kelainan resepi ni dari masak lemak cili api, aish, kecurlah pulak

    ReplyDelete
  3. pestaim dengar.. mcm udang masak lemak cili api jeeew 😅

    ReplyDelete