Wednesday, 21 April 2021

Abang ~ Selamat Tinggal SAMTAK

4/1 Keputusan permohonan Abang ke SAM berjaya. Abang ditempatkan di SAMTAK. Alhamdulillah ramai kawan-kawan Abang berjaya juga, hampir 40 orang. 

7/1 Kami ke SAMTAK untuk buat pengesahan penerimaan tawaran. Buat pendaftaran asrama sekali. Jatuh hati dengan Penyelia Asrama, Pn Noraini (Pn N) yang sangat baik dan peramah. Dalam hati lega sebab dapat rasa Abang akan dijaga dengan baik di sini. 

Bergambar kenangan di asrama kali pertama menjejak kaki ke sini.

Singgah di pekan Tg Karang, beli uniform sekolah siap-siap. Dapat info dari Pn N ada kedai yang jual uniform  sekolah dan prep di sini. "Sebut je SAMTAK nanti depa tunjukkan uniform-nya", pesan Pn N. Alhamdulillah selesai bab pakaian sekolah untuk Abang. Bab pakaian ni memang Ummi setelkan awal sebab Abang kan special size nanti susah nak cari kalau last minute. 

Hanya sekali pakai uniform SAMTAK ni iaitu  semasa iv TMUA. 

Sepatutnya mendaftar pada 20/1 tapi ditangguhkan sebab PKPP dilanjutkan. 29/1 barulah sesi persekolahan bermula secara dalam talian. Itupun minggu pertama orientasi dulu. 

Minggu orientasi. 

5/2 Walid bersama Abang ke sekolah untuk ambil buku teks. Masa ni nak cross district kena minta permit. Tiga roadblocks kena tempuh. 

Sepanjang di SAMTAK ni Abang mengikuti PdPR secara konsisten. Setiap hari cikgu-cikgu bagi tugasan Ummi pastikan Abang buat dan hantar. Selain tu bila ada program seperti ceramah, kuiz dsbnya Abang tak pernah ketinggalan untuk sertai. 

Majlis bacaan Yasin & Al Kahfi setiap hari Jumaat. 

Semasa di SAMTAK juga Abang berjaya dalam ujian kemasukan Kelas Kemahiran Al Quran (KKQ) alhamdulillah. Jadi, tukar kelas dari 1 Barakah ke 1 Amanah, kelas khusus untuk KKQ. Hingga ke hari akhir persekolahan sebelum cuti sekolah bulan sekolah bulan 3 tempohari, Ummi suruh Abang teruskan belajar dan pastikan semua tugasan disiapkan dan dihantar,  walaupun masa tu Abang dah terima offer SMKA. 

Buku tulis dan nota sepanjang belajar di SAMTAK ni kami balut dan bawa ke SMKA.  Subjek seperti Lughatul Arabiyah Muassirah (LAM) yang tiada dalam silibus KBT di SMKA disimpan elok-elok. Sayang, ilmu semua ni... 

Hari last sekolah tu juga Ummi suruh Abang PM setiap guru dia maklumkan pertukaran sekolahnya, minta dihalalkan ilmu, mohon maaf andai ada salah silap dsbnya. Walaupun tak pernah bersua muka, mereka semua tetap guru Abang.  
Seronok bila cikgu-cikgu doakan Abang berjaya di sekolah baru dan menjadi al-hafiz. Doa cikgu-cikgu ni yang diharapkan sebenarnya. Moga bersamanya datang redha mereka. 

29/3 sekali lagi kami ke SAMTAK, untuk 'potong nama' dan pulangkan buku teks. 

Gambar kenangan di pintu pagar utama, di hari terakhir menjadi warga SAMTAK

Sedih sebenarnya... Ummi suka sekolah ni begitu juga Abang. Takpelah, lepaskan sesuatu yang baik untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, انشاء الله 💚








8 comments:

  1. Mudah2an ini adalah pilihan yang terbaik, Amiiinnn

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah ini keputusan terbaik. Semoga abang cemerlang dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  3. Kampong sy ni kak. dulu SAM ni kat tempat lain. dulu kongsi sesi pagi/ptg. sesi pagi sek men, sesi petag sek rendah. selalu berubah kerusi/meja sebb sekolah kongsi kan. kalu tertinggal botol air/buku ke jgn harap jumpa semula.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ,akk baca juga sejarahnya, dulu sekolah harian...

      Zie dulu sekolah sinilah ye?

      Delete