Friday, 2 April 2021

Abang ~ Keputusan Permohonan SMISTA, MRSM & SBP/SMKA

Alhamdulillah boleh tarik nafas lega sekarang sebab urusan persekolahan menengah Abang dah selesai. Selesai dalam erti kata dah dapat sekolah yang dihajati. Berakhir sebuah penantian, akan bermula sebuah perjalanan. 

Untuk rekod, inilah status permohonan Abang ke MRSM, SMISTA dan SBP/SMKA; 

SMISTA
3/3 Keluar result, Abang hanya berjaya sebagai calon simpanan.

Ummi taklah frust sangat sebab masih berharap rezeki Abang ada di MRSM atau SBP/SMKA. Tapi, dalam masa yang sama khuatir juga. SMISTA yang permohonannya mungkin tidak sebanyak permohonan ke MRSM atau SBP/SMKA pun Abang tak berjaya untuk 1st intake, macamana nak bersaing untuk ke MRSM atau SBP/SMKA. Jadi, kami buat juga rayuan secara online seperti disyaratkan. 

MRSM
10/3 result MRSM keluar. Tak tidurlah malam sebelum tu, dok fikirkan keputusannya.

Keputusannya tak berjaya, kena buat rayuan :( 
Sama seperti SMISTA, kami hantar rayuan secara online 14/3 tempohari. 

Pada 22/3  keluar result kali ke-2. Result ke-2 ni pun tidak berjaya juga. Macam-macam teori yang keluar tapi kami anggap saja tiada rezeki. MRSM ni banyak intake ye, sampai Jun nanti masih ambil pelajar. Kena banyak bersabar dan berdoa bagi yang betul-betul berminat untuk ke MRSM. 

SBP/SMKA
Ini yang paling berdebar dan paling ditunggu. Sebab memang dari awal target Abang masuk SMKA jadi harapan tu besar. Sementelah result SMISTA dan MRSM tidak menyebelahi Abang jadi memang nervous gilerr kali ni. Yang nervous tak tidur malam tu Ummi, Abang rileks je dia 🙆

Mula-mula tu kata 17/3 result keluar, kemudian 19/3 pula. Sabo je lah. 

Alhamdulillah, penantian berakhir dengan kegembiraan. Allah makbulkan doa kami syukur. 

22/3 tempohari kami dah pun ke sekolah Abang untuk proses penerimaan tawaran. 

Kawan-kawan Abang pula setakat ni 5 orang berjaya ke SMISTA, +-10 orang ke SMKA, 2 ke SBPI, 2 ke SMAP. Paling ramai ke SAM, dalam 30 orang. Namun masih belum ada yang berjaya dapat tempat di MRSM. Ada yang kata sebab sekolah kami ni kategori swasta, wallahu a'lam. Tahun-tahun sebelum ni ada je yang berjaya ke MRSM. Entahlah... 

Hari ni, 2/4 dapat panggilan dari MAIWP, Abang ditawarkan tempat ke SMISTA. Alhamdulillah syukur tapi kami terpaksa tolak sebab dah terima tawaran SMKA. Bagi peluang kepada mereka yang masih belum mendapat tawaran lagi. Lagipun semua persiapan  sudah dibuat. Abang tu kalau ikut dia nak juga ke SMISTA ni sebab ada geng; Iman, Haziq, Muiz, Naeim 😇😇😇

Sebenarnya di luar sana ramai yang masih mengharap untuk dapat panggilan/tawaran. Dalam group Telegram/WhatsApp yang Ummi join, pelbagai rintangan, kekangan, keluhan ibu bapa dalam membuat rayuan untuk anak-anak. Ummi doakan agar mereka beroleh apa yang dihajati aamin 🤲🤲🤲



3 comments:

  1. Alhamdulillah dapat tempat dihajati. Terjawab sudah pertanyaan saya dia dapat tempat di mana.

    ReplyDelete
  2. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q :-* (f) (f) (f)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum puan...nak tanya permohonan ke sbp/smka utk prog ulul albab tiada ujian hafazan ke? Sbb anak minta smka prog ulul albab tp hanya
    pergi ujian pksk shj setakat ini...ni ambilan thn 2022.

    ReplyDelete