Wednesday, 10 March 2021

Resepi ~ Puding Roti Karamel

Dessert untuk berbuka semalam...

Kali ni baru berjaya Ummi hasilkan puding karamel. Dah beberapa kali Ummi cuba tapi tak berjaya. Part hasilkan karamel tu yang selalu failed. Gula berketul-ketul selalunya... 

Pelbagai versi puding karamel ni. Ada yang guna telur sahaja, ada yang guna telur & roti, ada yang guna agar-agar. Ummi guna roti jadi namanya Puding Roti Karamel. Resepi Ummi cedok dari dapur Kak Yatie. Terima kasih atas ilmunya ye Kak 🌹

Resepi: Puding Roti Karamel
Sumber: Kak Yatie

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti Gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat - Yatie letak 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
1. Untuk membuat gula hangus; masukkan gula ke dalam kuali. Buka api perlahan dan biarkan gula hingga keperangan. 
2. Masukkan 1 sudu besar air panas. Kacau sebati. Kena buat dengan pantas takut gula berketul-ketul. Tutup api dan tuang ke dalam loyang. Sejukkan.
3. Carikkan roti dan masukkan ke dalam blender. Campurkan bersama susu cair, susu pekat dan air suam. Kisar halus.
4. Di dalam bekas lain, pecahkan telur dan pukul manja (pukul lembut sekejap je). Kemudian tapis dan tuang ke dalam blender. Campurkan juga esen vanilla dan kisar sebati.
5. Tuang di atas gula hangus tadi. 
5. Bila air kukusan sudah mendidih, masukkan loyang berisi adunan tadi dan kukus sekurang-kurangnya 30 minit. 
6. Sejukkan di dalam peti kemudian baru dipotong. Walah, nyaman sekali :D 

Kek marble tu ada 2 beradik datang berjualan dari rumah ke rumah. Ummi beli sebagai tanda sokongan. Jauh benar datangnya, dari Semenyih nun... 

Apapun, selamat mencuba 🤗

2 comments:

  1. terima kasih resepinya.. boleh cuba nnt tu pn kalau rajin... hihihi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah menjadi. Boleh buat lagi.

    ReplyDelete