Semalam 8/3 Angah dah mula sekolah secara bersemuka seperti Kakak yang kembali ke sekolah minggu lepas, sebulan selepas Adik masuk sekolah. Uniknya sesi persekolahan tahun 2021 ni, yang paling kecil mula sekolah dulu. Apapun alhamdulillah sobl far so good. Ummi lega sebenarnya bila PdP diadakan secara bersemuka. Lain mak ajar dengan cikgu ajar. Cikgu ajar Ada teknik, ada skill, Ummi ajar ala singa π
Pagi semalam ada drama tali pinggang :p Dari malam dah ingatkan Angah semua keperluan untuk ke sekolah. Semua Ada katanya. Ummi pun dah check sebelum tu, memang lengkap dah rasanya. Tapi, last-last baru perasan dia pakai casual belt. Tali pinggang sekolah tak tahu mana letak. Ummi pun lupa dah huhu...
Terpaksa pinjam belt Abang. Kalut punya pasal, tak sempat ambik gambar kenangan day 1 ke sekolah.
Tinggal Abang saja masih meneruskan PdPR. Jika tiada aral, bulan depan masuk asrama. Dengarnya ketat SOP KPM untuk pelajar asrama. Balik tak balik pun cuti sekolah bulan 5 nanti. Nampaknya puasa di asramalah Abang nanti. Kuruslah Abangπ
Walid pun dah back to office since the MCO was lifted last week.
Moga yang baik-baik saja untuk semua...
Dengarnya cuti penggal pun akan dibatalkan tahun ini, betul tak betul, kita tunggu...
ReplyDeletesibuk eek nk dh start sekolah.. π
ReplyDeleteLega urus satu-persatu anak-anak. Kalau tidak lagi kelam-kabut serentak.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletepersekolahan dah berjalan seperti biasa
samalah anak2 kita..
ReplyDeletekyra pun ammi terima tawaran KAA (kene duduk asrama). Bulan depan baru masuk
samalah kita..back to normal.. blog pun pandang kenyit2 je ni haa
ReplyDelete