Monday, 1 March 2021

Ada apa 1 Mac ?

Hujan! 
Menjelang Maghrib hujan turun dengan agak lebat. Sepanjang Februari tak hujan langsung tiba-tiba hujan turun, rasa besarnya rahmat & nikmat Allah bagi. Alhamdulillah.

Kakak goes back to school

Sekolah ditutup sejak hujung Oktober 2020 hingga Februari 2021, akhirnya semalam Kakak kembali ke sekolah. Seronok dan bersemangat dia. Beg baru dengan kasut je baru. Itupun sebab beg koyak dan kasut ketat. Yang lain semua guna yang darjah 1 je.  Last year sekolah beberapa bulan je kan. Kelengkapan Dan peralatan sekolah kebanyakannya masih elok. 

Upgrade 'plan' Celcom

Dah 2 tahun lebih Ummi langgan pakej 1st Platinum Celcom. After 2 years boleh tukar pakej, upgrade ke Celcom Mega. Data Internet masih sama tapi tiada kuota weekdays/weekends. 

Tukar Front Windscreen King

Dah lama cermin depan King retake, kena batu di highway... Makin lama makin panjang retaknya tapi tidaklah ketara. Itu yang bertangguh nak tukar. Semalam sampai seru kot, itu yang Walid bawa ke workshop hihi... Covered by insurance, alhamdulillah. 

Setelkan yuran sekolah SRAI
Alhamdulillah setel bayar yuran Kakak & Angah. Penat juga beratur semalam sebab 1st day, ramai parents ambil cuti untuk urusan sekolah anak. 

Dating & Eating di Restoran Sri Ayu
Selalu penuh je restoran ni. Semalam lalu situ around 11.30 am, terus ajak Walid singgah. Alang-alang orang belum ramai, hah jomlah kita. Lauk-pauk dah meriah, cuma ayam goreng panas dia tu belum 'naik kuali' lagi. Takde hal, kita makan ikan bakar, gulai kawah hurm dapnya ðŸ˜‹

Untuk anak-anak kita beli nasi kukus depan CIMB je :D 

Bayar Saman MPS
Dah agak dah nak kena saman parking dengan MPS masa nak masuk ke Celcom tu tapi degil, tak beli kupon parking ðŸ˜… Sudahnya kereta Ummi kena saman, kereta Walid pun kena. Gone 20 ringgit huhu... Bawa 2 kereta tu sebab lepas urusan di Celcom nak ke bengkel terus, tinggalkan King. 

Petang lepas Asar keluar lagi, nak ambil King. Tersilap langkah, lalu jalan sekolah. Jammed tak ingat huhu... Terpaksa lalu lorong tikus. Pusing sana, pusing sini mujur jumpa juga jalan keluar haha... 

Nak balik rumah lagi haru.... Kiri kanan, depan belakang semua jammed. Konon nak ikut jalan masjid, nak elak jam. Lupa, ada pasar malam di roundabout... Jam juga 😇 

Moral of the story, jangan keluar rumah on the 1st day school reopen ðŸĪŠ 


7 comments:

  1. Haah keluar waktu sudah tenang (hari ke 2 atau seterusnya,) untuk urusan lain.

    ReplyDelete
  2. yuran sekolah agama anak2 ammi semua bayar guna online this year. duit buku pun semua online. tinggal collect drive thru je sbb cikgu dah pack siap2 ikut apa yang kita order

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni semua dah kembali normal, orang dah mula memenuhi mall dan kenderaan mula memenuhi jalanraya. Jumaat ni dah boleh rentas daerah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Wah banyak betul kejadian 1 Mac Puan Hazel ni ye... Yang penting bila selesai semuanya, hati jadi lapang.

    ReplyDelete
  5. Rasanya 1 Mac itu merupakan hasil palpaling sibuk pada tahun ini!

    ReplyDelete