Monday, 8 March 2021

Ibis Hotel, Melaka

Pergi ke Melaka hari tu bermalam ni Ibis Hotel. Lokasinya tak jauh dari Jonker's Walk, ikut kata staff hotel "jalan kaki je Bang..."   Yang Ummi perasan kawasan ni tak jauh dari Little India. That time menjelang Thaipusam jadi agak sibuk juga nampaknya aktiviti berjualan untuk sambutan perayaan tersebut. 

Booked bilik deluxe double, RM132 semalam (tanpa breakfast). Saiz bilik tu ok cuma sebab kami berenam, agak crowded. Nak ambil family room takde kosong. Apapun alhamdulillah syukur ada tempat untuk berehat/bermalam. 

Bilik air besar....suka...suka

Hotel ni letaknya di jalan yang agak sibuk. Jalan Bendahara kalau tak silap. Mula tu cuak juga kalau tiada parking spot. Rupanya guests parking di belakang hotel. Luas sangat. 


Ada swimming pool... 

Bagi juga peluang anak-anak mandi. Itupun sekejap sebab tersilap waktu operasi kolam. Dapatlah anak-anak mandi dalam setengah jam aje. Tapi ok juga sebenarnya, dapat minimakan risiko sebab ramai orang masa ni. Bukan sahaja kanak-kanak, ibu ayah pun nampaknya seronok 'berjimba' dalam kolam. Lama sangat berkurungkan... Ummi monitor tepi kolam je sebab tak plan nak mandi pun. Abang dah boleh diharapkan untuk tengok-tengokkan adik-adik. But still we need to supervise sebab dia pun nak enjoy juga. 

Playground dekat pool. Ada access untuk masuk hotel dari belakang ni.

Nak posing depan hotel tak boleh, kita posing belakang hotel je :) 

In fact, kat belakang lagi cantik dan selesa. Parking free je untuk guests. 





1 comment: