Friday, 12 March 2021

Isra Mikraj 2021

Credit source.

Rezeki tahun ni dapat ikuti beberapa siri ceramah Isra' Mikraj. Tahun ni Isra' Mikraj jatuh pada hari Khamis, 11/3. SRAI cuti, Pasti dan SAM sekolah. Patutnya SAM cuti juga sebab bawah JAIS. Mungkin sebab PdPR online, tugasan tetap diberi.

Walaupun begitu, sejak 2 minggu lepas SAM telah mula mengadakan program sambutan Isra' Mikraj. Minggu pertama ada ceramah dari guru SAM sendiri, Ust Yazid. Minggu lepas ceramah disampaikan oleh Ust Dr Zamri Zainuldin (Ust Zamri Mantop). Dah bergelar Doktor Falsafah (PhD) rupanya ustaz...Tahniah! 

Ceramah Ust Yazid Ummi tak fokus sangat. Isi ceramah ustaz lebih kepada memberi nasihat kepada para pelajar SAM. Ceramah Ust Zamri pula memang Ummi dengar dari awal hingga akhir. Sambil gosok baju dengar ceramah. Siap sumbat telinga dengan earphone sebab Walid tengok live Piala Sumbangsih JDT vs Kedah malam tu. Semua nak berkumpul juga di living hall jadi pandai-pandailah survive haha... Selain tu ada juga kuiz online yang diadakan untuk menguji kefahaman murid. 

Tahniah Abang 👍


Semalam giliran SRAI pula adakan ceramah Isra' Mikraj. Ceramah disampaikan oleh Ust Sulaiman. Ummi joined sekali. Seronok dengar Ustaz berceramah. Usai ceramah ada kuiz juga. 

Time jawab kuiz ni riuh satu rumah haha...kuiz secara live jadi semangat tu kemain, macam tengok bola haha .. 

Score board...

Angah no 5, tahap 2.

Kakak no 10, tahap 1. 

Alhamdulillah ada juga rezeki Angah & Kakak. 20 peserta terbaik akan dapat hadiah dan menyumbang markah untuk rumah sukan masing-masing. Hadiahnya belum dapat, minggu depan kot. 

Meriah juga Ummi nampak sambutan Isra' Mikraj tahun ni terutama di alam Maya. Banyak syarikat korporat turut menganjurkan ceramah secara maya. Office Walid jemput Ust Syed Norhisham Tn Padang tapi sayang Ummi tak dapat ikut. 

Tak kisahlah apa pun cara sambutannya, yang utama kita ingat intipati Isra' Mikraj ini ialah perintah solat yang Allah fardhukan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Perintah yang datang bersama tanggungjawab berat agar kita melaksanakan ibadat yang diibaratkan sebagai tiang agama. Yang mengerjakannya akan beroleh kejayaan manakala yang meninggalkannya akan menerima azab yang pedih. Sama-sama kita ambil pengajaran 🤗


2 comments:

  1. Alhamdulillah teknologi digunakan sebaiknya dengan diadakan ceramah. Meriah susunan ceramah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman dah canggih kan? Semuanya di hujung jari.

      Delete