Tuesday, 16 March 2021

Ber-Shell Out di Rumah (dan resepinya)

Dua minggu lepas kot Tok Umi jemput geng Jitra ber-shell out di rumahnya. Teringat lagi kali pertama kami buat sesi shell out ni 2-3 tahun lepas. Meriah! 

Untuk memujuk diri sebab tak boleh join, Ummi pun buat homemade shell out semalam. Kebetulan Sya bagi jagung, terus on projek shell out Ummi. Simple je, janji kenyang dan tak membazir. 

Menu: rendang lala, sotong bakar bersambal, udang goreng butter, brokoli celur, ikan keli goreng (left over from lunch, tinggai sekoq masuk sekali), nasi goreng Cina, jagung rebus & teh O. 

Yang 'se-coet' sebelah nasi tu burger. Walid beli burger lepas balik kerja, tak sempat buat minum petang, kita shell out kan sekali hihi...
 

Untuk alas kami guna kertas lilin. Meja Ummi lapik dengan surat khabar lama then wrapped pula dengan brown paper. Atas sekali baru letak kertas lilin. Letak selllotape elok-elok, kemas-kemas  baru syok makan :D 

Jom tengok resepi pula. Anak-anak dah request untuk buat lagi jadi ada baiknya Ummi simpan sini resepi untuk rujukan. 

Resepi: Rendang Lala
Bahan/Kaedah:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai.
2. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar & cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan garam, gula & Maggi Secukup Rasa dan asam keping. 
5. Masukkan lala. Gaul sebati. 
6. Masukkan santan (sukatan: sama paras dengan lala). Renehkan hingga lala masak dan kuah agak kering. 
7. Sesuaikan rasa, tutup api. Siap!

Resepi: Sotong Bakar
Bahan/Kaedah:
1. Perap sotong bersama rempah perapan. # Rempah Ummi beli di Pasar Sri Gombak. Percikkan sedikit minyak masak dan perap +- 1/2 jam.
2. Bakar dalam air fryer (30 minit/180°C),  half way kalih/balikkan sotong. 

Resepi: Udang Goreng Butter
Bahan/Kaedah:
1. Gaul udang bersama tepung jagung.
2. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kulit udang bertukar warna. Angkat dan ketepikan. #Kalau suka, goreng udang hingga garing. Ummi suka half cooked. 
3. Panaskan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan. 
4. Masukkan hirisan cili padi dan daun kari. Tumis hingga layu.
5. Masukkan susu cair, Maggi Secukup Rasa dan serbuk lada putih. Gaul sebati.
6. Bila kuah mula memekat, masukkan udang dan gaul sebati. 
7. Taburkan Maggi Secukup Rasa (sekali lagi jika perlu) dan sedikit gula pasir. Gaul sebentar. Tutup api. Siap!

#Ummi tak buat part sarang tu sebab nak cepat :) 

Resepi: Brokoli / Jagung Rebus
Bahan/Kaedah:
Untuk brokoli, Ummi panaskan air di dalam periuk. Bila air mendidih, masukkan brokoli.  Masukkan garam dan biar seketika. Tutup api dan toskan brokoli.

Untuk jagung, masukkan dalam PC Noxxa bersama sedikit garam dan HP 7x. Bila dah beep, angkat dan toskan jagung. Potong ikut saiz yang dikehendaki sebelum dihidang. 

Resepi: Nasi Goreng Cina
Bahan/Kaedah:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
2. Masukkan mixed vege. Gaul rata.
3. Pecahkan 2 biji telur dan kacau-kacau (ala scrambled eggs).
4. Masukkan garam dan Maggi Secukup Rasa. Kemudian masukkan nasi. Gaul sebati.
5. Sesuaikan rasa dan tutup api. Siap! 

Resepi: Teh O Lemon 
Bahan/Kaedah:
Bancuh teh O seperti biasa. Tuang ke dalam cawan yang telah diletakkan hirisan lemon di dalamnya. Minum panas-panas. Walah! 

Alhamdulillah kenyang sangat dan semuanya licin. Memang Ummi masak pun bajet sekali makan je. Kalau lebih, dipanaskan nanti dah tak feel.  

Selamat mencuba 🤗

15 comments:

  1. Harap boleh la rentas negeri. Balik kg boleh la masak makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ramai yg dah tak tahan rindu keluarga di kampung kan huhu...

      Delete
  2. Hehe rajin buat shell out.

    ReplyDelete
  3. rare tu, ada burger dalam shell out, hihi... tapi memang menyelerakan la makan shell out ramai2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...kalau x letak sekali takde siapa nak, sayang pula nanti

      Delete
  4. Happening jugak kan bershell out kat meja makan sendiri.
    Rajinnya PH

    ReplyDelete
  5. menariknyaa.. boleh try ni..tapi kena cari mood & roh rajin dulu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hat ni penting, kalau tak tak jadi shell out di rumah hihi

      Delete
  6. Sedapnya......langsung terlapar bila baca entry ni masa waktu lunch huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  7. bestnya! bilalah saya nak dapat pengalaman bershellout ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlukan sedikit kerajinan je Syaz :p Kalau nak makan di luar pula, perlukan banyak fulus :D

      Delete