Monday, 31 August 2020

Kenduri Doa Selamat & House Warming Toktam


Selamat hari merdeka yang ke-63 semua!

Credit source. 

Ke mana cuti hari merdeka ni? Meriah tengok kawan-kawan  berbasikal, hiking, running berbelas-belas kilo, piknik, jalan-jalan dsbnya. Alhamdulillah as long as #kitajagakita Insha Allah selamat.

Malam tadi kami menyambut hari merdeka di rumah Toktam. Sebenarnya ada kenduri doa selamat dan house warming di banglo baru Toktam.


Tengoklah hidangan kenduri ni. Semuanya mengiurkan. Toktam Rah dan adik beradik dia semuanya pandai memasak dan depa punya bonding sangat kuat. Setiap kali ada makan-makan depa akan masak sorang sikit juadah. Ummi cuma bawa otak-otak cik sue je sebagai buah tangan.





Steamboat ni penuh dengan isi. Kuah ciput.
Tukang ceduknya Abang, dia kaup isi je :) 

Kek oren Wanchu (bawah tart tu) terbaik 😋

Rugilah sesiapa yang tak datang malam tadi 😜

What a perfect night! 

Aiskrim lagi... 


Lama kami lepak sini. Dah lama tak jumpa berborak sakanlah. Ssronok bila jumpa ibu ayah saudara dan sepupu-sepupu sebelah Walid ni. Happening!



Sebelum balik tu, Paksu Hasif keluarkan bunga api. Apa lagi berebut-rebutlah masing-masing nak main bunga api. Mak ayah ni dah mengantuk tapi terpaksalah layan anak-anak main bunga api dulu. Maklumlah raya hari tu tak dapat berkumpul meriah macam ni. Raya PKP,  tak boleh rentas negeri :(

 Ummi nak tingkap besar macam ni lah untuk my dream kitchen. Biar keluar segala asap time memasak :D



Cantik betul rumah baru Toktam ni.
Alhamdulillah tumpang gembira dan bahagia dengan rezeki depa.

Saturday, 29 August 2020

Dugaan Hari Jumaat


Bangun pagi... Buka paip di sinki, eh slow-nya air. Kalau paip sinki ni airnya slow itu tandanya bekalan air terganggulah tu... Takde pulak notis pasal gangguan bekalan air sebab tu tak bersedia.

Tanpa berlengah ambil kunci buka pintu depan. Allah, ada pula 'tompok-tompok ***k unta' bertebaran di porch. Si bulus manalah yang terkucil ni. Nampak cam sakit perut je ni. Malas nak cakap apa, Ummi kaut buang je. Nak berleter pun awal pagi, takde sesapa dengar :D

Berpeluh-peluh Ummi pagi semalam kelam kabut tadah air. Dengan nak cuci najis kucing lagi. Mujur anak-anak sempat mandi sorang sikit sebelum air berhenti terus. Rupanya ada paip pecah lewat malam jadi bekalan air terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Katanya water will be restored at 8. 30 jangkaannya.

Sementara nak tunggu ayaq mai, iron bajulah dulu. Tengah kusyuk iron baju, papp patah pulak iron board ni 🙆‍♀️


Jatuh tergolek steamernya. Manakala iron pula landing atas tilam, nasib baik. Alhamdulillah dua-dua elok, boleh guna macam biasa. Sayang ooi iron ni. Bukan senang nak dapat. Berbulan-bulan bayar ansurannya haha...

Tarikh mula guna, iron board ni. 


Sebenarnya bukan patah apapun tapi ada bahagian yang menyambungkan kaki dan badan iron board ni yang dipateri tercabut/terpisah. Awalnya Walid nak beli baru tapi Ummi usulkan supaya welding semula. Tak tahulah kedai mana Walid pergi tapi alhamdulillah berjaya dipateri semula. Upahnya 10 ringgit je. Alhamdulillah jimat duit dari terpaksa beli baru. Cuma tak tahulah berapa lama lagi mampu bertahan hihi...

Kesan welding. 

Itulah cerita semalam. Tapi ok je. Hidup tak selalu indahkan? Ada hari smooth je, ada hari hiccups je memanjang. It's ok just follow the flow. Kita tenang-tenang saja sebab bukan semua perkara dalam kawalan kita. Betul tak?


Credit source.

Friday, 28 August 2020

Happy Birthday Walid!



My better half celebrated his birthday yesterday. Made a cake and cooked a special menu; nasi beriani udang 😍 Menu tu Ummi yang tetiba teringin nak makan sebab Ummi puasa semalam. Nanti free-free Ummi share resepi. Ala, macam masak nasi beriani ayam juga, cuma gantikan ayam dengan udang.



Kek ni indah rupa dari rasa haha... I thought it was a flop pun but surprisingly the kids love it so much. Semalam kukus, hari ni Ummi masuk pulak dalam oven bagi masak elok sikit esp bahagian tengah tu. Tengok depa makan dah tinggal sikit dah. Alhamdulillah tak membazir.

Hadiah birthday? WING CHAIR tu je kot. Aci dak kira sekali harung je dengan semua celebration :p

Hadiah dari anak-anak... 

Happy fathers day la pulak Kakak ooi 😅

 Kad ucapan ni of course from Kakak.
Pen merah pen biru tu dari Angah.
Erasable pen tu from Abang. Walid suruh Abang belikan untuk Ummi satu. Taknaklah Ummi. Penat je tulis nanti pastu boleh padam, buat apa haha...

Sweet je minah ni 😍


Yang paling cute pastinya hadiah Adik 😁
Duit syiling 1 sen yang dia jumpa kat rumah ni dia kutip dan simpan. Ummi cakap dengan dia, " 1 sen pun berharga tau. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Pastu dia tanya, bukit tu apa Ummi? Haha...

Semalam birthday boy MC. Sok-sek sok-sek hidung tu. So, hari ni baru office mates bagi cake. Mujoq kek dari Secret Recipe bukan dari secret admirer 😛

Lilin tu macam tak cukup ja 🤭


Kek RV & chocolate ni Ustazah bagi. Bukan untuk Walid, untuk anak-anak. Tapi Kakak bgtau Walid, "Bestlah birthday Walid, semua orang bagi kek. Ustazah pun bagi kek". Hairan agaknya dia sebab tiba-tiba Ustazah bagi kek. Padahal Ustazah baru ambil stok untuk jualan haha... Alhamdulillah kenyang dengan kek 2-3 hari ni.

Ucapan untuk Walid; 

Credit source.

🤗

Thursday, 27 August 2020

Pantai Purnama, Port Dickson



Esoknya pula kami ke Port Dickson (PD). Rupanya dekat je Bagan Lalang dengan PD, lalu jalan dalam. Kata kawan Walid, lebih kurang setengah jam je. Alang-alang dah dekat, ajomm kita ke PD! [Baca sini: Semalam di Bagan Lalang]


Sebenarnya elok je lepas traffic light depan AmBank Sepang tu dah masuk daerah PD. Cuma untuk sampai ke pantai dalam 45 minit ke 1 jam pemanduan. Kita akan lalu ladang kelapa sawit hinggalah sampai di simpang pekan Lukut Antaranya Ladang Bukit Pelandok, Tanah Merah dll. Ladang Bukit Pelandok tu familiar tapi Ummi tak ingat sebab apa 🤔




Mula tu kami ke Muzium Tentera Darat tapi malangnya muzium ditutup untuk kerja penyelenggaraan. Musnah harapan anak-anak nak pegang senapang :) Inspired betul depa dengan cerita Leftenan Zana, SEAL Team & SWAT. Ummi pun dah berjangkit, hari-hari layan SEAL Team :D

Kami ke Pantai Purnama. Baru Ummi tahu, ada banyak pantai lain di PD selain Pantai Telok Kemang yang sentiasa penuh dengan pengunjung. Satu lagi pantai yang jadi tumpuan ialah Pantai Saujana. Nampak ramai orang berkhemah di sini.



Pantau Purnama ni pun cantik sebenarnya. Nak bermandi manda boleh, nak berkhemah boleh. Kurang pengunjung jadi suasana lebih tenang. Ummi pun masuk juga dalam air, hingga paras lutut jugalah randuk air hehe... Anak-anak pun kami biarkan je mandi sepuas hati. Seronok depa sebab pantai ni lebih cantik dan airnya jernih.

Walaubagaimanapun, untuk sampai ke pantai, kena turun anak tangga yang boleh tahan curam juga. Untuk bawa warga emas macam Tok turun ke pantai tak sesuailah. Ummi pun rasa goyang juga lutut nak mendaki naik ke tempat letak kereta hihi... 




Di sini ada kemudahan bilik air, tandas, cafe dan tempat letak kereta yang agak luas. Tapi, bersedialah untuk mendaki sebab lokasi pantai ni curam gitu. Waktu datang kita kena pandu turun bukit, waktu nak balik tu gayat juga bila kereta menegak je naik ke atas. Risau Ummi takut kereta mengundur ke belakang hahaha...
Tapi, yang pastinya Pantai Purnama ni cantik dan sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

Tok kami tinggalkan di wakaf atas bukit ni. Cantik view dari sini. Terasa asyik dan ralit...

Antara nak bermalam di sana atau balik hari, we chose the latter. Call sana sini kebanyakan hotel/chalet/resort/apartments mostly fully booked. Last minute dan cuti sekolah kan. Ada 2-3 tempat yang kosong tapi biliknya tak sesuai untuk kami bertujuh. Akhirnya kami balik ke Gombak dengan harapan nak ke sana semula weekend ni. Again, most of the renowned hotels/resorts are taken already.
Takpe, kita try again next time. Nak repeat PD sebab pantainya best 👍. Dengan KL pun dekat je. 

Jom!


Wednesday, 26 August 2020

Kuliah Dhuha: Ustazah Asma' Harun


Pagi semalam Ummi berkesempatan mengikuti Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustazah Asma' Harun. Tajuk kuliah Persediaan Hijrah Menuju ke Alam Barzakh. Meremang bulu roma dengar tajuknya kan?

Buku bestseller Ustazah. 

Ustazah berceramah sambil buat 'live' di FB. Canggih Ustazah 😊 Katanya ada dalam 2000 orang join kuliah online semalam. Alhamdulillah. Tapi Ustazah kata, janganlah asyik online saja. Singgahlah ke surau/masjid untuk menadah ilmu secara bersemuka. Hadir ke majlis zikir/ilmu bamdingannya seperti berada di taman-taman syurga. Dan pesan Ustazah lagi, jangan asyik menimba ilmu sahaja tapi tidak diamalkan. Maksudnya apa yang kita belajar perlu dipraktikkan.

Mek ni pula asyik ber-selfie. 

Ummi kongsikan di sini sikit sebanyak mutiara ilmu/pedoman yang Ummi dapat untuk ingatan diri sendiri dan manfaat bersama Insha Allah;

1. Ibu ayah Ustazah amalkan konsep berjemaah dalam setiap urusan harian seperti solat, makan, berziarah hatta waktu menonton TV. Dalam setiap aktiviti semua anak-anak mesti ada bersama. Cerita Ustazah, sedari kecil mereka 10 beradik dibawa ibu ayah mendengar ceramah mingguan oleh TG Hj Hadi Awang di masjid. Ibu Ustazah siap bawa buaian untuk adik bongsu Ustazah dan bekalan untuk anak-anak lain. Hampar tikar dan mereka duduk, berbaring di sudut yang tidak mengganggu jemaah lain.

2. Cuba peruntukkan masa sekurang-kurangnya seminggu sekali bawa keluarga ke majlis ilmu. Kalau biasanya bawa keluarga ke shopping mall, cinema, makan di luar utk kukuhkan bonding, apakata ubah sikit. Insha Allah ikatan hati sesama ahli keluarga akan diikat dengan redha Allah, which is lagi berkat.

3. Hafal Surah al Mulk
Selain amalkan membaca Surah al Mulk setiap malam, cuba hafal. Sebab mungkin bila kita uzur, sakit terlantar dsbnya kita boleh terus amalkan surah ni setiap malam. Baca sambil baring, ingat dalam hati, dalam kepala kata Ustazah. Surah ni yang akan jadi peneman kita dalam kubur. 

4. Sentiasa buat amalan sunat dan perbanyakkan amalan yang kita suka buat. Contohnya jika kita suka puasa sunat, buatlah sebanyak mungkin; puasa sunat Isnin & Khamis, puasa hari putih dsbnya. Kalau rajin baca Quran, baca dan bacalah sebanyaknya. Amalan-amalan sunat ni sebagai pelengkap untuk menampung kekurangan amalan wajib kita.

5. Sebagai penutup Ustazah kongsikan 7 Amalan Membantu Husnul Khatimah

i. Perbanyakkan istighfar setiap hari sebab hari-hari kita buat dosa. Amalkan Solat Sunat Taubat sebelum tidur.

ii. Perbetulkan solat dan tambahkan kusyuk dalam solat. (Rujuk point ke-5)

iii. Selesaikan semua hutang atau bantu orang selesaikan hutang mereka. Kalau ada orang berhutang dengan kita dan tak mampu bayar, ada 2 cara iaitu dengan memanjangkan tempoh bayaran balik/tangguhkan bayaran atau halalkan. Jika dihalalkan, pahalanya sangat besar kata Ustazah.

iv. Perbanyakkan sedekah jariah

v. Ilmu yang bermanfaat

vi. Mendidik anak yang soleh. Amalkan baca Ayat 100 Surah As Saffat untuk anak-anak. Walaupun anak-anak dah besar panjang, doakan mereka dengan ayat ni. Bukan setakat anak-anak malah kalau ada cucu sekalipun, amalkan juga supaya zuriat keturunan kita menjadi orang soleh.

Credit source. 

vii. Rajin memohon maaf dan memberi kemaafan.

Alhamdulillah banyak ilmu yang Ummi kutip. Moga sedikit sebanyak bermanfaat buat kita semua.

#Surau Ubudiah, 6 Muharam 1442H (25 Ogos 2020)

Tuesday, 25 August 2020

Ke Pantai Bagan Lalang



Khamis 1 Muharam tu kami ke Bagan Lalang. Ikut rancangan asal kami nak balik kampung cuti sekolah 5 hari ni. Tapi memandangkan kes Covid-19 di Kedah tinggi sekarang ni terutamanya Kluster Tawar yang dah melebihi 60 kes, ada baiknya kami tangguhkan dulu niat tu. Mukim Tawar ni tak jauh dari kampung Ummi. Kalau balik ikut Butterworth-Kulim Expressway (BKE) lalulah pekan Tawar ni.

Berbalik kepada trip kami ke Bagan Lalang... 

Kali pertama Ummi ke sini sekitar tahun 2002 atau 2003, ikut program bersama persatuan pelajar. Kami menginap di Hotel Seri Malaysia. Sama juga kali ni, kami memilih hotel yang sama.


Yang mengunjur ke laut itulah Avani Resort. 

Kalau dulu kawasan pantainya sunyi dan tidak meriah sekarang semuanya sudah berubah. Penuh dengan pelbagai aktiviti liburan dan perniagaan. Dah ada Avani Resort yang memisahkan Pantai Bagan Lalang kepada dua bahagian. Waktu kami sampai tengahari tu memang ramai sangat pengunjung. Penuh dengan pelbagai aktiviti liburan, perniagaan dan riadah.

Apa-apa hal pun kita isi perut dulu :)


 Bawa bekal nasi ayam, sandwich dan keropok. Kami lepak di playground, senang nak monitor anak-anak bermain. Banyak kerusi meja, bangku dan wakaf yang disediakan. Takyah berebut :P



Usai makan, kami beralih pula ke wakaf yang menghadap laut. Fuh, angin sepoi-sepoi bahasa tu boleh buat mata kita layu haha... Seronok lepak di sini walaupun cuaca panas.

Tok belanja main bubble 

Bawa anak-anak turun ke pantai. 

Jauh ke tengah 4 beradik tu 



Time ni air surut. Pantai penuh dengan anak-anak ketam. Tapi pantas sungguh depa lari masuk lubang, tak sempat tangkap. Dahlah saiznya sebesar anak labah-labah je, susah benar nak dapat seekor pun!



Abang berjaya scooped seekor. Punyalah seronok depa macam boleh buat gulai anak ketam tu 😂

Elok pukul 3 kami checked in hotel dulu. Booked pool slot pukul 5-5.30 petang. Yup, kena book upfront slot mandi pool sebab now they limit the number of guests in a pool dalam satu-satu masa. Alhamdulillah nampaknya semua guests bagi kerjasama. Lajak 5-10 minit tu biasalah... Ikutkan sekali je dapat mandi pool sepanjang stay 1 malam ni tapi esoknya kami cuba nasib dan dapat lagi satu slot. Lega tengok anak-anak happy.


Petangnya, keluar lagi. Ikutkan dulu-dulu boleh je jalan kaki dari hotel ke pantai tapi sekarang gate belakang ditutup, untuk mengawal pergerakan keluar masuk guests dan orang luar. Terus kami ke Restoran Ikan Bakar Senandung Malam yang letaknya betul-betul berhampiran jalan utama ke pantai. 


Mulanya nak reserve table je tapi makin lama makin crowded jadi kami tapau je. Tak kuasa nak datang semula malam nanti. Parking luas, takde masalah Insha Allah cuma fikirkan keadaan Tok, nanti tak selesa pula nak berlama-lama di kedai makan. Inipun 45 minit kami beratur hanya untuk pilih seafood, timbang dan bayar. It took another 40 minutes untuk masak. Alhamdulillah sedap dan puas juga makan walaupun hanya tapau.

Sementara menunggu makanan tu bawa anak-anak ke pantai. Bagi depa mandi. Bolehlah lepaskan gian walaupun pantai Bagan Lalang ni airnya cekelat 😅

Moga kenangan manis terus bertaut di hati 

Esok pagi slot breakfast kami jam 7.30-8.00. Ini pun kena, book masa check in. Sebelum tu kami berdua bawa Abang jogging sekitar pantai. Konon nak rekod larian Abang untuk Merdeka Run tapi Ummi tak tekan button staet gamaknya. Maklumlah baru installed apps tu. Balik hotel, suruh Abang jog je kat parking lot 😂

Menu breakfast... Ada nasi goreng, mee goreng, roti, sosej, wedges, tembikai. .. Simple je. 



Tapi Ummi suka mesin air dia ni, ada teh tarik 😍


Kat luar cafe pula ada  dijual makanan bungkus. Kalau sekadar nak alas perut untuk family ramai tu boleh je beli makan di bilik. So considerate 👍 Kami hari tu pun cuma top up RM25 untuk Abang & Angah. Kakak & Adik free je. Alhamdulillah.

Sementara tunggu slot mandi pool jam 9.30, kami lepak di sudut bacaan. Pinjam buku sorang sebuah dulu to kill the time. Guest hanya perlu tinggalkan IC/driving license di kaunter untuk pinjam buku. Good idea. 


Ada rezeki nak datang lagi. Kalau dapat berkhemah best juga kan?