Wednesday, 1 July 2020

Clover Hotel, Meru, Ipoh


Tempat persinggahan kami sebelum meneruskan perjalanan ke kampung halaman tercinta. Tak larat nak drive straight from KL to Kedah di sebelah malam. Mengantuk! Sementara nak sampai ke Ipoh tu pun rasa nak tersengguk, inikan pula nak terus ke Jitra.


Clover Hotel ni letaknya berhampiran dengan Terminal Bas Amanjaya, Mydin, Casuarina Hotel dll. Dekat sangat dengan highway sebab tu kami selalu bermalam di area Meru ni. Actually ada banyak pilihan hotel di sini termasuk beberapa hotel yang pernah kami singgahi; Casuarina, M Motel, Premium dan Valya.


Hotel bajet sebegini sesuailah untuk singgah rehat dan tidur. Nak kata canggih sangat tu tidaklah. Janji ada bantal, tilam, bilik air dan aircond... Dah cukup bagi kami melepas lelah.


Family room ni harganya RM 119. Dont expect much with that rate ok 😉 Tapi, macam Ummi kata tadi, cukup selesa untuk kami tidoq lena malam tu :) 

Fasiliti semuanya basic sahaja. Bilik air pun so-so  je. Tapi ada  disediakan sabun dan body wash serta tuala. Dari segi kebersihan juga kurang memuaskan. Anyhow, it was a good bargain for us.

Ada caeangan di PD juga. 

Maaf, tak jelas pula contact info dalam gambar ni. Boleh Google, jumpa nombor telefon hotel ni nanti ✌️

2 comments:

  1. Dah kira okaylah macam ni kalau setakat nak tidur malam dan lepaskan penat ;-)

    ReplyDelete
  2. Penting cuma nak tidur sahaja.

    ReplyDelete