Saturday, 11 July 2020

Deco ~ Repainting Rak Buku & Side Table



Sekarang Bang-Aji tengah rajin menghias rumah. Hasil bertapa, beberapa bulan sepanjang PKP 😁 Favorite dia mengecat. Entah berapa tin dan botol cat dah dibelinya untuk projek-projek mengecat dan DIY dia. Ummi ok je. Siapa tak suka suami rajinkan? Rumah pun jadi lawa.

Sekarang ni asal nampak ada comot, tak bertangguh terus touch up. Alhamdulillah anak-anak kami bukan jenis conteng dinding, jadi walaupun hampir keseluruhan ruang bercat putih, mudah dijaga. Yang comot tu kadang kerusi meja bergesel dengan dinding ataupun adalah sekali sekala tangan kotor 'ter-parking' dekat dimding.

Ini tengah cat tangga, sebelum raya hari tu... Seperti biasa, Abang pembantu setia Walid. 


Dah habis segala dinding di rumah ni Walid cat dan touch up, beralih pula ke perabor-perabot lama dia repaint. Ini antara projek repainting barang-barang rumah. Repainting ni biasanya pakai cat spray je. Senang!
Rak buku... Beli di Giant, dah lebih 10 tahun rasanya... Tahan sampai sekarang. 


Asal warna putih, Ummi suruh Walid cat hitam... 


Cat yang digunakan, jenama Anchor. Yang hitam tu namanya Honda Gold. Jenama Samurai Paint. Harga RM9 dan RM11 respectively.


Side table 
 Ummi suruh cat hitam, Walid pi spray cat gold sebab cat hitam dah habis. Bolehlah kan? Warna asal beige.

Frame cermin ni warna gold asalnya. Walid touch up bagi berseri semula. Walid nak tukar warna hitam, Ummi taknak.  Masih suka warna gold tu, classy.


Inilah hasilnya...


 Rak buku ni memang wow sangat 🤩🤩🤩
Nampak macam baru. Nampak elegan... Kualiti cat pun bagus, nampak berkilat rak tu selepas dicat. Sesuai sangat berganding dengan black printer tu. Tq B ❤️

Ini side table tadi tu. Cantik juga but not my favourite :(  Rasa nak tukar warna hitam jugak 😅


11 comments:

  1. Nampak baru.
    Rajin nengecat. Kami jenis tidak rajin mengecat.

    ReplyDelete
  2. suka tengok bila dah repainting tu. kira bagi mood baru lah ni kan. okaylah rajin mengecat dari upah orang. dah boleh jimat dah tu :)

    ReplyDelete
  3. ehem.. ehem raya jgn lupa jmput dtg umah hehehehe

    ReplyDelete
  4. Bagus rak tu.. betul2 nampak macam baru!!!

    ReplyDelete
  5. Rajinnya! Cantik hasilnya!

    ReplyDelete
  6. Dah nampak cam baru kan? Kalau tak cakap cat baru mesti og ingat baru ..

    ReplyDelete