Tuesday, 21 July 2020

Menyicah... Jom!



Aktiviti mengisi masa lapang di sebelah petang... Favourite orang pompuan di kampung Ummi. Pantang ada buah pelam muda, jambu batu, asam jawa, buah keriang dot, buah kelubi, buah asam limau semua buat menyicah. Port favourite di rumah Maklang Di. Sambil menyicah, sambil membawang. Patutlah sedap 😜

Untuk geng budak-budak macam Ummi dengan Ja, port kami di atas titi, tepi bendang. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, kami ralit menyicah buah-buahan kampung sambil kaki berjuntai di gigi air.

Cantik kan sawah padi di kampung Ummi?
Macam lukisan 😍😍😍 

Pinjam gambar ye Bang Fit. 


Tadi, jiran bagi sebungkus jambu air. Ummi godek-godek dalam peti ais, ada nenas dari Pontian dan mangga muda. Walid beli 3kg/RM10 sebelum ke Pontian lagi, masih berbaki sebiji dua. Kuah rojak Mak Bee pun ada, apa lagi jomlah kita menyicah. Dulu-dulu cuma gaul kicap dengan gula. Kalau nak pedas, patahkan 1-2 biji cili padi. Sampai menjilat-jilat piring tu haha...

Jambu batu petik depan rumah :) 


Anak-anak Ummi alhamdulillah suka makan buah. Baru best ada geng :)

13 comments:

  1. Bestnya kalau dapat menyicah macam ni....

    ReplyDelete
  2. Memang sedap. Rasa macam sihat makan buah-buahan.

    ReplyDelete
  3. Segar2 menyicah buah tu best gila

    ReplyDelete
  4. Bab kopek buah ni mmg tahap 4 kemalasannya hihi....
    Dulu dulu zaman kecik jambu merah ni cicah ngan kicap campur gula, Sedap ya amat....

    ReplyDelete
  5. yaaa Allah !! ini menggugat iman ni haha..
    sedap ni menyicah sambil sembang2 ditiup angin petang..

    ReplyDelete
  6. sama! nampak buah buah masam tu suka betul nak menyincah. kecur air liur tengoknya

    ReplyDelete