Wednesday, 15 July 2020

Back to School (during RMCO)



15/7/2020 (Rabu) Abang kembali ke sekolah selepas 4 bulan bercuti (14/3-14/7/2020) kerana pandemic Covid-19 di seluruh dunia. 14/3 tu mula cuti sekolah semester 1 berterusan hingga 14/7 bila PKP mula dilaksanakan pada 18/3/2020. Saja tulis tarikh sebab perkara ni pasti jadi sejarah.


Lama benar bercuti. Risau betul Ummi takur baju/seluar sendat haha... Alhamdulillah boleh pakai lagi 😁 Songkok je beli baru.

Pesanan mesra dari guru kelas... 











Hari pertama yang penuh debaran, kejutan dan keterujaan..

Attendance pakai QR code. 

Murid hanya dibenarkan masuk selepas jam 7. Jadi, yang datang awal perlu tunggu dulu. YDP pun turun padang, ambil bacaan suhu murid-murid. Sebelum naik ke kelas ada satu lagi tempat cek suhu kata Abang. This time alat tu dah dilekatkan di dinding, hulur dahi je kata Abang 😂

SOP baru yang disediakan oleh pihak sekolah.


Waktu persekolahan dipendekkan 2 jam lebih awal. Makanan secara packed food disediakan oleh Ibu. Hari ni Abang, Aqil AI dan Amirul ditugaskan untuk ambil makanan di kantin dan dibawa ke kelas. Ialah, nak harapkan pekerja kantin berapa orang je.


Dari gambar dan info yang dikongsikan nampaknya pihak sekolah dan JAIS sangat menitikberatkan langkah-langkah pencegahan dan menyediakan SOP yang sangat ketat. Insha Allah ditambah dengan kawalan kendiri yang ampuh, diharapkan tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini. Tahniah dan terima kasih kepada pihak sekolah yang bertungkus-lumus menyediakan segala kemudahan untuk anak-anak 🌹🌹🌹


Setiap meja dah dilabelkan nama murid. 

Hand sanitizer untuk setiap kelas. 

Sinki pun sama... Untuk setiap kelas

Selain beroperasi dalam norma baru, sekolah Abang juga ditadbir oleh barisan pimpinan baru. GB lama, Tn Hj SZS kembali ke JAIS dan dihantar bertugas di PAID Tg Karang rasanya. PK I, Cg Nita pula bertukar ke SRAI yang baru dibuka... Sabak Bernam ke Sg Besar. Maaf, Ummi selalu confused dua tempat ni 😅. Ustaz Ram pula dapat tawaran KPM mengajar di SK, alhamdulillah. Terima kasih atas ilmu yang diajarkan buat anak-anak kami 🌹🌹🌹

Alhamdulillah hari pertama lancar cuma waktu balik tadi ada 'kejutan' untuk ibubapa :) Mujur tergerak hati Ummi keluar kereta. Rupanya ibu ayah kena beratur dan ambil giliran menjemput anak masing-masing dengan memaklumkan nama & kelas pada guru yang bertugas di pintu pagar. Kemudian info disampaikan kepada guru lain yang bertugas memanggil murid tersebut. Panggilan dibuat melalui microphone. Siap ada rostrum lagi untuk cikgu bertugas. Pagi tadi anak-anak beratur, tengahari ibu ayah pula beratur. Fair! 

Khemah menunggu... 

Anak-anak ni menunggu ikut kelas masing-masing di khemah yang disediakan dan juga di kantin. Minggu depan, bila Angah & Kakak start sekolah, bertambahlah list nama Ummi kena sebut...
Fawwaz 6 I
Nawfal 3 C
Balqis 1 A
haha...

Abang siap remind, Angah tu kena sebut full name Ummi... Ada 4-5 orang murid darjah 3 nama Nawfal 😂😂😂

8 comments:

  1. Semua perkara baru kena lakukan. Macam baru masuk sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye NA, termasuk kena beli sikit sebanyak kelengkapan baru :)

      Delete
  2. Salam. Hai .. saya singgah dan follow Pn Hazel #77. Selamat kembali me sekolah dengan norma baharu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Lya 🤗
      Terima kasih banyak 🌹🌹🌹

      Delete
  3. Selamat bersekolah dalam norma baharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga dengan cikgu 😊
      Terima kasih sudi singgah.

      Delete
  4. Teruja kan nak masuk sekolah balik..AD kne tukar size seluar..hahah da tak muat..ha tu la dok uma je kan..sekali bile pkai baju jalan dah tak muat haha..kene diet lah

    ReplyDelete
  5. 'Standard' tu AD. Banyak 'perkembangan' sepanjang PKP 😉😂

    ReplyDelete