Tuesday, 3 March 2020

Support kawan-kawan


Jumaat lepas my baker friend, Shaz (Mama Adam) buat 'Fast Sale Mini Pack' untuk kek/dessert. Bila Shaz share gambar air tangan dia, rasa macam nak jilat screen phone haha... Drooling okay!

Siapa tak tergodakan?





*credit photos: Shaz

Ummi apalagi order serba satulah. As usual, nak rasa semua :) 


Air tangan Shaz ni memang sedap. Ummi dah rasa kek dengan biskut raya, sedap. She baked Tok's birthday cake (brownies) last year. Jadi, kali ni Ummi nak rasa dessert pula.  Ummi kalau bab makanan suka order dengan orang yang dikenali, mudah nak berurusan. Yang penting COD. 

Throwback: Tok turned 80!

 Kek vanilla cheese (kanan) tu super sedap!
Wajib  order.

Anak-anak suka sangat dengan puding roti ni. Siap nak bagi duit suruh Ummi order lagi dengan Aunty Shaz :D 

Yang choco jar tu, tak payah cakap. Tak sempat Ummi rasa, dah licin. Abang tanya Ummi, "Aunty Shaz letak apa ye Ummi, choco jar tu sedap sangat? "  
Saja bikin panas je Abang ni :) 

Contact Shaz di FB; 

Lepas tu Kak Ita pula open order kuih kaswi berhantu dia tu 😂😂😂 Bagi Ummi, kaswi Kak Ita ni paling sedap di tekak Ummi. Lembut, lemak manis memang secukup rasa. Tekstur kuihnya bila disentuh, bergoyang-goyang atau kata orang Kedah 'gedik-gedik'. Maksudnya tak terlalu kenyal, tak terlalu lembik. Sedang elok.


Sebenarnya dah lama tunggu Kak Ita open order. Member busy sekarang, 3-4 trip dalam sehari transporting anak-anak sekolah. Jadi, bila Kak Ita open order tu, laju je Ummi order.

Rezeki Ummi dapat makan sedap-sedap,  rezeki kawan-kawan dapat duit 😆 Alhamdulillah. 


6 comments: