Boleh tahan panas ye suhu politik negara kita kebelakangan ini. Dan akhirnya setelah seminggu kita menyaksikan pelbagai perkembangan (dan kejutan) semalam negara kita mendapat Perdana Menteri baru, Perdana Menteri ke-8. Semoga negara kembali stabil dan kita boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. OK, kita tinggalkan dulu bab politik ni.
Ini cerita Ummi kali pertama terpaksa menyiang ikan pari. Kisahnya, bulan lepas Walid ada tugasan di Lumut. Boleh dikatakan saban minggu berulang-alik ke sana. Setiap kali balik ke rumah, pastilah ada buah tangan untuk Ummi dan anak-anak. Special buah tangan untuk Ummi Walid bawa balik;
Minggu pertama
Minggu kedua
Minggu ketiga
Minggu ni special, bukan setakat hasil laut, ada juga itik seekor. Itik ni itik hidup; disembelih dan diproses di tempat belian. Ada mesin untuk cabut bulu, potong dsbnya walaupun kedainya hanya beroperasi di tepi jalan. Yang Walid beli ni 3 kg, besar. Separuh dah selamat Ummi masak rendang, lagi separuh belum dapat ilham lagi nak masak apa :)
Minggu keempat
Banyak jenis ikan Walid borong kali ni. Jenuh juga Ummi siang sampai kejung pinggang haha... Kat sini takde service siang ikan kecuali dalam kuantiti yang banyak. Setakat Walid beli ni kira 'sikit je ni'. So kenalah Ummi siang sendiri. Tapi no komplen sebab dapat ikan mostly fresh belaka. Seronok Ummi nak memasak.
Sebut pasal siang ikan ni, masa 3rd week Walid beli ikan pari 4 ekor. Camne nak siang ikan pari? Mujurlah ada Tok. Tok tunjuk ajar. Susah rupanya nak siang hihi... Kena keluarkan ekor dan kepalanya kemudian ambil isinya sahaja. Ummi siang tak kemas, ikan tu licin. Pisau pun tak berapa nak tajam. Kalau pro buat mesti lagi banyak isinya dapat diambil.
Inilah hasil kerja Ummi;
Please excuse the mess. |
Bila dah dibuang tulang tengah (muka) dan ekor.
Antara air tangan Ummi, Asam Rebus Ikan Merah. Bunga kantan tu anak-anak bawa balik dari surau. Makin meriah jemaah surau kami bersedekah hasil kebun. Alhamdulillah.
kalau saya menangis dah ni hahaha tak reti nak siang, dapat ikan haruan hidup jiran bagi pun menung dibuatnya, siap bawa pergi rumah kakak minta abang ipar tolong siang kan
ReplyDeleteSy kalau ikan hidup pun tak berani AA. Kesian pun ye juga :(
Deleteikan pari tk pernah siang..tau makan je hehe
ReplyDeleteSama juga. Ini fist time MT
DeleteKalau Mrs. A memang nangis nih PH hehehee...
ReplyDeleteSelalu kalau Mr. A beli minta dia suruh siang siap-siap.
Adeh! nampak kurang bersyukurnyakan husband dah beli pun banyak songeh lagiks!
sesungguhnya, aida akan suruh org pasar terus siang kan :)
ReplyDeleteamat la lemah nak siang ikan pari ni.
tak pandai!!!