Alhamdulillah murah rezeki jumaat hari tu...
Pagi ni dapat kait buah jambu depan rumah yang dah matang. Jambu kampung isi pink. Dah lama tak makan jambu jenis ni. Kecik-kecik dulu inilah kudapan kami. Asal rasa lapar, mencarilah buah-buahan kampung yang boleh dikunyah. Kadang tu, sebiji buah pakat 'tokak' (gigit) ramai-ramai. Time tu aman dari segala jenis penyakit.
Ada satu spesis lagi, dalamnya warna putih. Pun sedap juga. Sampai sekarang Ummi ingat lagi memori makan buah jambu batu putih ni dengan childhood friend, Ja. Kami berdua panjat pokok jambu ni, duduk atas dahan dan bersembang sambil kunyah jambu. Lepas sebiji, sebiji kami makan. Pokoknya pula di tepi sawah, memang asyik berbual sambil ditiup angin sawah.
Ini pula choco jar. Ummi order dari Shaz, diberinya extra 4 bekas. Untuk anak-anak katanya. Moga terus sukses dan bertambah rezeki ye Shaz.
Bila jemput anak-anak dari sekolah, Kakak tunjukkan badge ni. Namanya dipanggil naik atas pentas. GB sematkan batch ni di tudung. "Terketar Kakak, nama kena panggil dengan cikgu' katanya. 😂😂😂 Hadiah datang awal ke sekolah. Kakak je dapat, Abang & Angah tak dapat walaupun datang bersama-sama :) Abang tak kisah, cuma Angah ada jugalah bunyi... Tak puas hati hihi...
Ini pula dari ofis mate Walid. Sedap rupanya pegaga goreng rangup ni. Tak terasa macam pegaga, crunchy macam kunyah kerepek. Terima kasih si pemberi. Moga dimurahkan rezeki selalu.
Ikan bilis, bawang goreng dan pegaga digaul mesra. |
Take care ye semua.
Risau Ummi bila baca update Covid-19 ni.. Ada 190 kes baru di Malaysia menjadikan total 428 kes di negara kita. Ya Allah lomdungilah kami semua dari wabak ini. Aamiin.
Siaran media Ketua Pengarah Kesihatan 15 Mac 2020 @ 4.30 ptg. |
Mrs. A panggil ni jambu kampung sedap je makan dah lama tak makan.
ReplyDeleteSamalah kita PH zaman childhood ada memori panjat pokok jambu pastu makan kat atas pokok tak sedar diri awak tu pompuan hehehe...
Zaman tu semua boleh Mrs A, terjun sungai panjat pokok macam boys haha
Deletealhamdulillah, semua makanan nampak sedap sangat. semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membendung penularan wabak penyakit ni. aamiin
ReplyDeleteramai gak yg jual pegaga gitu.
ReplyDeleteaida lom pernah beli apatah merasa.