Tuesday, 24 March 2020

Balik Kampung 1/2020


Sabaq, jangan kecam dulu. Dengaq dulu ceq nak habaq :)

Plan asalnya kami hanya nak ke Ipoh, ziarah Makcik dan anak-anak masa awal cuti sekolah tempohari. Tapi, pada Rabu 11/3 tu Tok Umi tiba-tiba masuk ICU, sesak nafas. Kata Walid, alang-alang dah half way (KL-Ipoh), kita terus balik Jitra sekali. Ummi ikut je. Lagipun, lepas Tok Umi operation lutut Januari lepas, we haven't visited her. Walid ada juga balik on 16/1 (before ops) sebab ada meeting di Penang. Ummi ingat sangat tarikh tu sebab it was the last time Walid jumpa Pakcik :( Bila dah balik kampung tu, boleh juga hantar Tok ke rumah Makngah sebab Tok ada sebut nak puasa di kampung tahun ni.

Heavy traffic sebab first day cuti sekolah. 

Sepanjang perjalanan Gombak-Ipoh-Baling-Jitra-Gombak tu memang sentiasa kami berwaspada. Singgah top up minyak je di R&R. Untuk ke tandas dan solat, pilih lay-by atau stesen minyak Petronas. Makan pun bawa bekal. Alhamdulillah semuanya baik-baik untuk kami setakat ni. Sebelum PKP dilaksanakan kami dah ada di rumah. Stay at home macam most of us are doing.

Tengah seronok bersembang, Makcik bawa turun sepasang baju melayu milik arwah. Suasana terus senyap. Ummi nampak Tok perlahan-lahan kesat tubir mata dengan kain tudung. Ummi pula kalau ikut hati nak je peluk cium baju tu sebab rindu sangat dengan arwah 😭😭😭 Tapi, terpaksa tahan diri, demi Tok.


Baju ni Tok nak sedekah kepada member baik Pakcik di kampung.

Sampai di Jitra dah pukul 7 pm. 11 jam perjalanan kami. Lemau haha... Tok Umi jamu ABC. Dinner Maksu yang masak, alhamdulillah lega Ummi tak payah masuk dapur :D

Meriah betul ABC Tok Umi ni :) 

Esoknya ke tempat wajib bila balik kampung, market Jitra haha... Market ni bukan setakat jual ikan sayur tapi macam-macam ada; kain baju, tudung, cadar, selimut dll. Beli juga tudung sorang selai untuk Ummi dan gegirls.


Buah genuak aka kerdas. Favourite Tok ni.
Ummi tak makan. 

Ni lunch kat cafe Paklong. Kari ikan tu sedap sangat 😋


Malam pula kami ber-steamboat. Ummi buat kuah sup, Maksu buat kuah tomyam. Ini namanya teamwork haha... 



Maksu buat brownies untuk Angah juga. Dari mula sampai dia bagitau semua isi rumah 21/3 birthday dia. Walaupun lagi seminggu that time, Maksu dia layan juga, buat brownies bagi dia potong haha... Dengan Tok Kodiang pun dia minta hadiah... Tok masak cekodok untuk dia, kemain happy. Dia anggap tu hadiah dari Tok Kodiang :D

Singgah Penang sat, ambik stock kuih raya. Ummi dah jadi agent kuih raya sekarang 🤗


Singkat je balik kali ni tapi alhamdulillah dapat jenguk adik beradik kedua-dua belah alhamdulillah. Mission accomplished.

13 comments:

  1. lama nyer x balik jumpa mak abah Aida :(
    PKP ni lagi seminggu. aduhai...
    rinduuuuuu!

    ReplyDelete
  2. Seronoknya balik kampung lahaiiiii

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, macam tau2 aje nak PKP kan, semua dah selesai siap sambut birthday awal lagi..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak sangka rezeki kami sempat balik kampung dan sempat balik semula sebelum PKP. Ramai kawan-kawan yg masih tersangkut di kampung.

      Delete
  4. PKP sambung lg 14 hari...rindu nk blk kampung jmpa family mkn2 rmi2

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... sempat balik kampung juga ye. Nampaknya PKP ditambah lagi sampai 14/4. Apa pun kita hadapi bersama-sama. In shaa Allah semuanya akan pulih seperti sedia kala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak amie. Moga semuanya kembali pulih.

      Delete
  6. for me saya tak kecam orang2 yang balik kg. semua ada urusan dan sebab alasan masing2 jadi kita doa je yg trbaik.

    meriah lepak ramai2 dgn fam members memang laju nak prepare macam2 makan2 kan. baru seronok =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Semua ada alasan, ada urusan masing-masing.

      Itu yg seronok bila balik kampung. Makan, makan, makan...

      Delete
  7. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete