Monday, 30 September 2019

UPKK 2019 ~ Mohon doakan kejayaan Abang 🤗


Akhirnya hari yang dinanti-nanti tiba jua.
Mohon doakan dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga khususnya untuk Abang, guru-gurunya dan rakan-rakannya dalam urusan UPKK bermula petang ini, insha Allah. 


Moga beroleh kejayaan yang cemerlang untuk mereka semua aamiin. 8A semuanya aamiin aamiin aamiin. 


Doa, restu dan redha Ummi sentiasa bersama Abang ❤️❤️❤️


Wednesday, 25 September 2019

Bubur Asyura Kedah (Noxxa Style)


"Sini (Gombak) takdak ka orang jual bubur Asyura?" tanya Tok. 

" Eh, ada ka orang juai bubur Asyura Mak?" Ummi balas dengan pertanyaan juga sebab tak pernah jumpa lagi bubur asyura ni dijual seperti bubur lambuk tu. 

" Di Ipoh ada... Kakcik selalu beli... Kat kawan dia" balas Tok. 

Oh, tempah la tu, homemade. Ingatkan orang jual tepi jalan 🤭 Kat Gombak ni lagi canggih Tok ooi... Tak payah tempah, tak payah beli. Hat depan mata Mak ni boleh buat sendiri tau! Haha... Ada Noxxa semua jadi, kata orang. Eh tak juga.... Kalau malas, tak jadi juga ahaks! 

Ini kali kedua Ummi buat bubur asyura dengan periuk Noxxa dan juga kali kedua guna resepi Kak Noor ni. Cuma bahan-bahan tu apa yang ada sahajalah. Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja sukatan tepung/gula dsbnya. Ini cerita bubur Asyura tahun lepas. 

Inilah resepinya yang Ummi ringkaskan untuk kemudahan diri sendiri. Sila rujuk resepi penuh di blog Kak Noor ye. 


Bubur Asyura Kedah {Noxxa Style) 

Bahan A
2 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
* Satukan air dan gula Melaka di atas api. Bila gula Melaka larut, masukkan gula pasir. Tunggu hingga gula pasir larut, matikan api. Ketepikan dan biarkan air gula tersebut sejuk.
2 cawan tepung beras
3 cawan santan
Sedikit garam
* Satukan semua bahan A (termasuk air gula tadi) di dalam blender. Kisar sebati untuk dapatkan adunan yang halus/tidak berketul.

Bahan B (HP dengan Noxxa)
Kacang hijau - bersihkan dan toskan.
Keledek - kupas kulit dan potong dadu.
Masukkan kacang hijau ke dalam inner pot Noxxa beserta 1 cawan air. Tutup penutup dan set tombol pada butang "Pressure". Tekan HP mode selama 15x.
Selepas bunyi 'beep', release wap. Masukkan pula keledek dan HP lagi selama 3 minit.

Bahan C
Daun pandan - disimpul
Sagu - rendam sekitar 5 minit dan toskan
Jagung - ambil isinya sahaja

Cara-cara
1. Bila Bahan B telah sedia, tuang Bahan A (adunan tepung & air gula yang telah di kisar tadi) ke dalam inner pot Noxxa.
Masukkan sekali bahan C. 
2. Dengan mode stir fry, mula mengacau bubur ini. Masa mengacau lebih kurang 15 minit sahaja. Adunan ini perlu dikacau sentiasa agar ianya tidak berkerak dan masak sekata. 
3. Bila adunan mula mengeras, OFF periuk Noxxa. Alihkan bubur ke dalam bekas yang disukai. Biarkan bubur sejuk dan mengeras pada suhu bilik.
4. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Dapat 8 bekas kecil ni. 


Walid kata sedap alhamdulillah 😊
Tok pula kagum sebab sekejap sangat dah siap buburnya hihi... 

Selamat mencuba 🤗

Sunday, 22 September 2019

Berbesar Hati ❤️


Ahad minggu lepas Abg Anas (anak buah Ummi) bersama keluarganya datang melawat. Mereka dalam perjalanan dari Melaka nak balik ke Kedah, singgah bawa anak isteri ziarah Tok. Walaupun tujuan utamanya nak ziarah Tok tapi tetap rasa berbesar hati bila ada anak buah datang ke rumah. Kalau Ummi yang berpangkat mak saudara pun rasa seronok, apatah lagi Tok kan?

Gula Melaka dari Melaka 

Beginilah agaknya perasaan pakcik makcik (ibu/bapa saudara) Ummi bila Ummi ziarah mereka. Rasa seronok dan dihargai. Dulu-dulu Ummi hairan juga bila dengar ada orang tua-tua kecil hati bila anak cucu tak datang berziarah. Siap complain kalau kita tak ke rumah depa. Rupanya seronok tu lain macam. Rasa dihormati, disayangi dan dihargai. Segala yang ada di dapur tu kalau boleh semua nak dijamukan. Bila time nak balik tu, siap di hantar sampai ke kereta. 

Sebelum tu, beberapa hari selepas raya haji tempohari Abg Aqim datang beraya. Jarang dapat jumpa Abg Aqim ni sebab dia bertugas jaga pintu sempadan negara hihi... Tok memang seronoklah sebab dari kecil Tok jaga kedua-dua cucunya ni. Alhamdulillah dah besar pun tak lupakan Tok. 

Ummi pun happy juga... Abg Aqim bawa banyak buah tangan haha... Gurau ja. Bukan untuk Ummi pun buah tangan ni, untuk Tok dengan anak-anak. Nak tau Abg Aqim ni tengah berduit ke tidak, tengoklah buah tangan yang dibawanya. Kalau macam ni, maknanya poket tengah lebatlah tu 😊 kalau dia bawa goreng pisang tu, faham-fahamlah 😆


Whatever it is, it's the thought that counts.

Wednesday, 18 September 2019

Jerebu...jerebu...jerebu


Sejak beberapa hari lepas kawasan Gombak ni dah berjerebu. Tapi Ummi tengok belum masuk carta lagi sebagai kawasan tidak sihat. Bila dikhabarkan kawasan Klang, Johan Setia serta Putrajaya dah mula tutup sekolah, Ummi terfikir macamanalah keadaan di sana ye? Di kawasan Gombak yang 'masih sihat' ini pun Ummi dah rasa sesak, serabut tak nampak matahari 2-3 hari dah... Rindu dengan langit yang membiru serta awan yang memutih tu... Selalu pagi-pagi nampak kapal terbang lalu, tapi sekarang dengar bunyi saja. Bila dongak ke langit, tak kelihatan langsung kapal terbangnya. Aish, tebal sungguh asapnya. 


Akhirnya hari ni, 18 Sept IPU di Gombak dah cecah 203. Ummi pun terlepas pandang, patutnya Ummi rujuk IPU Batu Muda sebab bacaan IPU Batu Muda lebih relevan dengan tempat tinggal kami. Kalau Ikut IPU Batu Muda memang dah tinggi 2-3 hari kebelakangan ni. Patutlah kelabu asap je sana sini :(

Gombak tak masuk carta lagi time ni. 

Time ni parents dah bising dah... Sekolah tutup ke tak 

Sekitar jam 10 pagi,  Cikgu Pasti maklumkan bahawa sekolah diarahkan tutup jadi ibu bapa diminta jemput anak masing-masing. Tak lama kemudian, pihak sekolah Abang & Angah pula berbuat demikian. Bergegaslah Ummi jemput anak-anak di sekolah semalam. Alhamdulillah hari ni Abang dah buat ujian lisan untuk subjek Al Quran UPKK. Selesai satu bab. Sukan PASTI yang sepatutnya berlangsung Ahad ni (22/9) pun ditangguhkan ke satu tarikh lain. Takpa sukan ni main je, tak perlu study. Anytime boleh on kihkih... 

Jam 2 petang semalam hujan lebat, meleret-leret hingga ke Asar. Alhamdulillah moga bersih sikit udaranya walaupun selepas hujan Ummi nampak keadaan di luar masih tidak berubah. Baru pukul 5 tapi nampak kelam seolah dah hampir Maghrib. Lindungilah kami semua dari segala bahaya Ya Allah! Entahlah, ada rasa getar di dada bila fikirkan ujian jerebu yang Allah turunkan ni. 

Nampaknya kerajaan Selangor dah isytiharkan cuti selama 2 hari bagi semua sekolah; kerajaan, swasta serta tadika/taska. Lega tapi risau juga sebab UPKK dah makin dekat. Belajar di rumah dengan belajar di sekolah lain. Dekat sekolah patuh betul dengan cikgu. Dekat rumah ni Ummi garang macam ibu singa pun depa boleh gelak ja 😬

Credit source. 


Jerebu ni dah jadi masalah serantau kan. Tapi Ummi hairan juga kenapa masih tidak ada mekanisma khusus untuk menangani atau mengawal jerebu di peringkat serantau ye? It happens every year, dah dekat 10 tahun kot antara teruk dengan tidak je. Last time yang teruk was on 2015. Ummi masuk kategori high risk masa tu sebab tengah mengandungkan Adik. Keluar rumah hanya untuk jemput Abang dari sekolah je. 

Jerebu ni kesannya bukan sahaja dari segi kesihatan. Ada impak pada sektor ekonomi, pengangkutan, pendidikan dll. Moga di masa depan akan ada penyelesaian yang lebih baik untuk meminimumkan ancaman jerebu ni. Yes kita faham every year ada hutan/pokok kelapa sawit yang perlu dibakar tapi mungkin dibuat secara berperingkat dsbnya supaya kesannya boleh diminimakan. Kalau terbakar disebabkan natural cause macam kemarau ke memang tak boleh dielakkanlah. Janganlah pula kata kita patut bersyukur sebab 11 bulan lain kita hirup udara segar. Ini bukan menyelesaikan masalah, ini statement lari dari masalah. Silap hari bulan boleh mendatangkan marah 🤭

Antara perkara utama perlu dibuat ketika jerebu ialah kurangkan aktiviti luar serta minum air kosong sebanyak mungkin. 

Credit source. 

Panjang pula Ummi berceloteh. Almaklumlah di rumah ni ramai golongan berisiko untuk jatuh sakit. Kanak-kanak riang ada 4 orang plus warga emas permata seorang hihi... Tapi alhamdulillah setakat ni semua ok lagi kecuali Kakak. Adalah 'sok-sek sok-sek' sikit hidungnya. 

Moga Allah perkenankan doa kita semua, aamiin.

Credit source. 



Monday, 16 September 2019

Jamuan Perpisahan UPKK/AFH 2019


Sedar tak sedar dah tamat kelas tambahan UPKK yang Abang sertai di Akademi Fateh Hakim (AFH), Gombak. Bermula dari bulan Februari hinggalah semalam, 16 September rutin Abang setiap Sabtu ialah menghadiri tuition di sini. Dari pagi hingga tengahari dan ada ketikanya hingga ke petang. 

Memandangkan Abang sekolah SRAI, subjek KAFA di sekolahnya berdasarkan kokurikulum JAIS. Manakala untuk Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) silibus yang digunakan ialah silibus JAKIM. Kesempatan anak-anak SRAI belajar silibus JAKIM hanyalah pada setiap petang Jumaat semasa kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah. Hanya 2 jam seminggu. Disebabkan itu, kelas tambahan di luar sekolah penting bagi mereka menguasai silibus JAKIM ini. 



Semalam telah diadakan jamuan perpisahan serta majlis bacaan Yasin & solat hajat untuk UPKK. Ujian bertulis akan bermula 30 September ni. Hari ni juga bermulanya ujian lisan subjek Al Quran. Jadi, harapnya fahamlah kalau Ummi jarang menulis di sini. Mak is nervous 😅



Kami dah berhajat untuk buat kenduri sempena Abang nak exam ni. Bukanlah kenduri besar, sekadar belanja Abang dan kawan-kawannya makan. Asalnya Ummi nak tempah kuih masa majlis bacaan Yasin yang dianjurkan oleh pihak sekolah hujung bulan lepas. Tapi kami balik kampung. Akhirnya, jadi rezeki kawan-kawan seperjuangan Abang yang sama-sama ikuti tuition di AFH.

Ummi tempah nasi campur untuk hidangan tengahari anak-anak ni. Alhamdulillah air tangan mama Qaisara @ Kak Ita Fun Run ni memang sedap. Ummi kenal Kak Ita ni waktu kami sama-sama joined Fun Run  hari tu. Itu sebabnya panggil Kak Ita Fun Run :) Walaupun tua sikit dari Ummi, tapi lari laju dari Ummi 😂 Dengan Kak Ita ni lah juga Ummi tempah kuih masa Aqiqah Sumayya.

Siapalah yang tak tergoda tengok kari ayam ni kan... 



Dapat juga merasa... Ada extra, Abang bawa balik untuk Ummi. Memang sedap 👍

Kata abang, kawan-kawan cakap sedap. Masing-masing kenyang dan puas makan. Alhamdulillah memang itu hajatnya pun, nak bagi anak-anak ni makan sedap, makan kenyang-kenyang.


All the best anak-anak. Ummi doakan semua dapat 8A aamiin.

Thursday, 12 September 2019

Happy Birthday to All!



Dah lama tak buat acara potong kek birthday dalam keluarga besar Tok Ayah. Jadi waktu kami balik hari tu adalah sesi potong kek. Nak kata untuk August babies je tak aci sebab dari Januari hingga Julai belum ada lagi acara potong kek haha... Mujurlah maklong order kek tu tulis "Happy Birthday to all". Kalau tak ada yang merajuk gamaknya.

Untuk dinner malam tu, tempah makanan dengan tauke Kolej Height Utara Cafe. Tok Umi belanja sebab operation hari tu berjaya. Ada nasi butter, kambing masak hitam, meatballs, fishballs etc dan air oren. Ummi buat jus limau kasturi, hasil petik dari kebun Tok Ayah. Nasi butter tu sedaplah bagi Ummi, secukup rasa. Gabungan butter, halia dan garamnya seimbang.





Mango cheesecake ni first time Ummi makan. Sedap but not my taste. Ummi prefer kek coklat or RV. Kalau cheesecake pun suka blueberry cheesecake je. Tak retilah nak makan kek 'fancy-fancy' ni :D 

Makan santai-santai sambil berborak adik beradik ipar duai je. Seronok dan ralit. Semua ada malam tu, termasuk uda yang baru sampai dari Penang. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Monday, 9 September 2019

Ke Kebun Tok Ayah




Petang hari kedua di kampung, kami bersepakat dengan Paksu sekeluarga untuk ke kebun (dusun) Tok Ayah. Haziq & Co memang selalu je ke kebun Tok Ayah untuk petik hasilnya. Kami je yang jarang ke sana, sebab selalunya balik sekejap sahaja. Tapi, memandangkan sekarang musim buah-buahan rugilah kalau tak ke kebun. Macam pelik pula sebut kebun hihi... Ummi biasanya kalau kebun buah-buahan ni panggil dusun. Kebun tu bagi kami (orang Baling) merujuk kepada kebun sayur atau kebun getah. Tak kisahlah... 

Selain anak-anak yang excited, Ummi pun sama. Masakan tidak, nampak buah rambutan, dokong tengah masak ranum. Dah lama Ummi tak rasa feel sebegini. Terimbau segala kenangan musim buah di dusun arwah Tok Wan suatu masa dulu. Kami anak-anak kampung bebas memetik buah-buahan yang masak ranum tanpa rasa takut atau bersalah. Maklumlah satu kampung bersaudara dan saling berkongsi. Hari ni kami panjat pokok manggis Tok Wan, esok hari kami di atas pokok rambutan Wan Cik pula. Dulu-dulu tak mainlah kait-kait buah ni, panjat terus pokoknya 😄😄😄

Ini pun ikutkan hati, nak juga panjat pokok dokong dan cempedak tu. Tapi sedar diri dah kertu, biar Paksu je lah panjat :D 


Putik buah nona. Kenal buah ni? 

Limau telur buaya, sedap dibuat acar limau. 





Hasil yang kami petik dari kebun Tok Ayah... 


Ini pula air tangan Ummi hasil dari kebun Tok Ayah 😊

Kerabu Jantung Pisang 

Sambal Hitam (Belimbing) 

Seronoknya balik kampung... 

Saturday, 7 September 2019

Bersantai dan minum petang di Kolej Height Utara


Petangnya kami ke Kolej Height Utara untuk bersantai. Di sini ada sebuah club house lengkap dengan kolam renang, kafe, taman permainan kanak-kanak juga gymnasium. Kecuali gymnasium, kemudahan lain boleh digunakan oleh orang awam juga, tidak terhad kepada penghuni KHU sahaja.


Di kolam renang tersebut, kemudahan shower, bilik persalinan juga tandas disediakan. Malah, surau juga ada di sini. Sayangnya Ummi dapati kemudahan yang ada tidak diselenggara dengan baik. Bilik air pun tidak berlampu! Mentol terbakar tapi tidak diganti agaknya. Dari segi keselamatan agak membimbangkan terutamanya bagi kanak-kanak perempuan dan wanita yang berseorangan ke bilik air. Begitu juga persekitaran club house... Dengan facilities yang lengkap, sayang jika ianya dibiarkan tanpa penyelenggaraan yang rapi. 



Dalam ni gelap... 

Patutnya ada air terjun buatan tapi dah tak berfungsi :(

Tapi kanak-kanak riang ni bukan kisah pun. Yang depa tau, mandi pool...mandi pool...mandi pool :) They enjoyed themselves so much. Kolam pun cetek (kids pool) jadi Adik pun boleh masuk kolam sendiri. Walid monitor di tepi kolam sahaja. Ummi lepak je

Lepas mandi haruslah lapar. Terus kami ke kafe (Kolej Height Utara Cafe) untuk minum-minum. Dijamu nasi goreng dan ayam goreng oleh maklong. Karipap dan jagung rebus yang kami bawa pun yilek! Ingatkan anak-anak je lapar,  rupanya mak ayah pun tumpang sekaki. 

Teh tarik tu pergh... 😋



Orang Utara nak buat wedding kat sini silakan 🤗 kalau night event, cantik tempat ni. Parking pun luas sangat, sesuailah untuk wedding, dinner events etc. 

Menu harian. 


Alhamdulillah satu petang yang penuh dengan moment indah. Tq family ❤️❤️❤️

Wednesday, 4 September 2019

Ziarah Tok Umi


Tujuan utama kami pulang ke kampung kali ini ialah untuk menziarahi Tok Umi yang baru menjalani pembedahan lutut ( TKR - Total Knee Replacement) pada 21 Ogos lepas. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan Tok Umi pun makin sihat dari hari ke hari. 

Tok Umi warded dalam seminggu juga. Setiap hari anak cucu datang 'piknik' di wad. 

Kakak tak berpeluang sambut Merdeka tahun ni dengan kawan-kawan sebab Jumaat tu dia ponteng sekolah. Mujur juga Khamis tu cikgu buat pertandingan mewarna tema Merdeka, merasa jugalah tempias sambutannya. 

Sambutan Hari Merdeka di sekolah Kakak. 

Khamis malam tu juga diadakan majlis bacaan Yasin untuk anak-anak SRAI yang akan menghadapi UPSR, PSRA dan UPKK. Missed this event too. 


Kami tiba di Jitra sekitar jam 11 pagi. Seronok dan lega bila dapat lihat sendiri keadaan Tok Umi. Tok Umi pun nampaknya ceria dan ligat ke sana ke mari dengan walking framenya. Risau juga tapi kata Tok Umi memang doktor pesan suruh banyak bergerak supaya peredaran darah lancar instead of duduk/baring sahaja. 

Untuk lunch, Maksu dah tolong masak. Alhamdulillah biras Ummi memang baik hati. Nasi pula Tok Ayah dah tanak. Ummi cuma tolong bakar ayam sahaja. Itupun dah diperap dan direbus oleh maklong dan Yati, pembantu Tok Umi. Senang kerja Ummi 😅

Gulai ikan nyok nyok 😋

Sambal sotong petai

Makan lepas solat jumaat, memang bertambah-tambahlah sebab semua lapaq! 

Ahad kami balik semula ke Gombak. Alhamdulillah walaupun singkat tapi bermakna. Bak kata Walid, mission accomplished.