Saturday, 30 March 2019

Rezeki hari jumaat ~ thanks Kappi Crave


Dalam perjalanan bawak anak2 ke masjid untuk solat jumaat semalam, nampak seseorang sedang mengibarkan bunting. Oh baru Ummi perasan, ada pemberian cupcakes free. Sebelum ni Ummi ternampak banner kat mana entah, tak ambik port sangat. Cuma sekilas nampak lah katanya nak bagi cupcakes percuma tapi detailnya Ummi tak perasan. I thought kena pergi kat their place to get the free cupcakes which is not in my agenda lah. 


Tapi dah ditakdirkan rezeki anak2, bertembung pula dengan team cupcakes free ni. Teruslah Ummi stopped the car minta Abang Angah turun ambil cupcakes tu. 

Inilah hasilnya;



Ummi dapat rasa secubit je kot sebab Adik dilanda ketamakan haha... Semua dia nak :D

Sedap keknya. Yang peanut butter flavour tu very yummy 😋
Yang coklat Ummi tak sempat rasa. Semuanya 'selamat' masuk mulut anak2 sebelum Ummi sempat buka mulut minta rasa 😆

Nanti kalau nak order boleh contact depa ni; 


Ummi cek dekat FB depa, macam-macam flavor lagi rupanya. Nampak lazat semuanya. Thanks and all the best Kappi Crave team! 

2 comments:

  1. waaaa bestnyaa dapat cupcakes free!!!

    ReplyDelete
  2. Bolehlah takat nak rasa. Nak puas makan kena beli hehe

    ReplyDelete