Waktu minum petang di sebuah warung berhadapan Masjid Jamik Yamtuan Raden petang ahad lepas, ternampaklah signboard "Juasseh Agro Park". Terus recall, rasa pernah dengar pasal tempat ni thru my reading. This place is dubbed as Mini New Zealand. Don't play-play tau!
Tapi bila tanya adik waiter tu, dia cakap tak tahu. Ummi tak puashati, tanya kali kedua "kalau nak ke Juasseh jauh tak? Pun dia cakap tak tahu. Lastly Walid tanya tauke dia. Kebetulan ada sorang customer tolong jawabkan " tak jauh, dalam setengah jam yo. Dokek lomang panaih nun". Itu yang Walid dengar dan faham. Confirm balik dengan Waze, memang tak jauh pun.
Ladang ni besar, 120 ekar kalau tak silap Ummi. Milik anak tempatan. Beroperasi atas nama Syarikat NS Dairy Farm. On the way tu, cari je signboard NS Dairy sebab kadang tulis Juasseh Agro Farm, kadang NS Dairy. Tempat yang sama sebenarnya.
Nak sampai ke ladang ni, agak mencabar sebab kiri kanan jalan adalah pokok kelapa sawit dan pokok getah. Mula tu cuak juga sebab macam masuk hutan je. Tapi bila berselisih dengan lori ais baru confident sikit nak teruskan perjalanan. Jalan mini tar, kena beralah kalau bertembung dengan mana-mana kenderaan. Adalah dalam 2km kot dari simpang kampung tadi. Kalau rombongan sekolah, pihak ladang akan menjemput mereka di meeting point berhampiran jalan besar sebab bas memang tak muat lalu.
Akhirnya sampailah juga kami ke ladang ni. Rupanya Pakcik tu cakap Rembang Panas, (nama tempat ni). Bukan lomang panas! Biasalah, orang Kedah bercakap dengan orang Nogori 😆😆😆
Bear ni penyambut tetamu. Real size bear sebab tu Adik takut bila ajak bergambar. |
Keratan akhbar pasal ladang ni antaranya artikel bertajuk New Zealand Mini Juasseh. |
Ada menara tinjau, flying fox dll. |
Untuk extreme sports ni kena pre-book rasanya. Ummi lupa nak dapatkan info.
Ada juga banglo cantik yang dijadikan farmstay. Time ni fully booked. Dapat tinjau dari luar je. Ada juga kawasan lapang sebelah banglo ni yang disewa untuk majlis keraian.
Persekitaran memang terjaga elok walaupun ianya sebuah ladang ternakan.
Excited dapat main congkak. |
Nak melawat ladang ni kenalah naik tram. Bayaran rm5 untuk kanak-kanak dan warga emas. Dewasa pula rm10.
Rumput untuk makanan lembu di tanam di seluruh ladang. Kiranya lembu di sini memang makan rumput fresh, bukan pallet.
Lawatan kami ni sekitar 20 minit juga. Dibawa ke kandang lembu, pusing sekitar ladang. Tu je. Sampai di kandang lembu tu, driver berhentikan tram. Kami tengok lembu, lembu tengok kami 😅 driver kami tu berat mulut, sepatah ditanya sepatah dijawab. Ummi kalau orang cenggini Ummi pun mati kutu nak bercakap :D tak pastilah boleh turun dari tram tu ke macamana... Lastly, Walid suruh dia gerak je.
Nampak ayam belanda berkeliaran.
Kesian angsa kena keja dengan tram. Hah tu lah, selalu sangat kejar orang hihi.. |
Tram yang kami naik. Jangan kata anak2 yang excited, Ummi dengan Tok pun excited. Walaupun orang kampung, tak pernah kami naik tram ni. Naik belakang kobau macam Adik Syukri Mowgli Malaysia pun tak ponah, apatah lagi naik tram 😜
Sayangnya hari tu takde aiskrim :( |
Susu percuma untuk setiap trip lawatan. Sedap susunya. Jenama NS Dairy Farm. Kalau jumpa beli, support produk bumiputera. |
Waktu operasi dan harga ticket. |
Walaupun tak banyak tarikan tapi ianya tetap satu pengalaman yang menarik. Especially untuk kids.
Juasseh Agro Park /NS Dairy Farm
No 3720 Padang Ragut
Rembang Panas
72000 Juasseh
Negeri Sembilan Darul Khusus
Alamak !!! Nampak gayanya mcm tak akan sampai situ je hihi....Macam kelako pulak kalau mak anak beranak yg gi situ PH ....
ReplyDeleteComey manis si kakak tersenyum tu ha
Haha... Kalau ada anak kecik sesuailah datang sini mak. Bg exposure pada diorang hihi
DeleteWahhhh... Menarik tempatnya. Bolehlah masukkan dalam senarai wishlist untuk saya lawati. =)
ReplyDeleteSalam kenal. [^__^]
Salam kenal dan terima kasih ziarah sini 🤗
DeleteSilakan, best juga. Dapat new experiences hehe
nampak menarik pulak tempat ni..siap ada extreme sports tuuu...suka!
ReplyDeletemenarik.harga pun tak mahal sangat.
ReplyDelete