Thursday, 21 March 2019

Angah turns 8 y/o


Bila dapat tahu Ummi pregnant lagi, memang senyum tak lekang dari bibir. Sebab tu agaknya anak sorang ni suka sungguh senyum ahaks!

This time it was a natural pregnancy. Yang sebelum ni pun natural tapi banyak usaha yang kami buat to conceive; berurut, makan ubat homeopathy, and we even tried the IUI process. Doa usah cakap, sentiasa dan selamanya. And I still miss those quite moments I spent with Him, asking for a chance to be a mother. Alhamdulillah he gave me not once, but four times. Alhamdulillah.

On this special day, I wish to pen down a few words regards to his birth. Kelahiran Abang, Kakak  dan Adik  ada Ummi nukilkan dalam blog ni. Now it's his turn. 

Ummi berhajat nak bersalin secara normal kali ni. Teringin nak rasa pengalaman bersalin normal. Lagi pun orang cakap bersalin normal lebih cepat sembuh dan sakitnya hanya semasa bersalin. Tak renyah nak jaga luka. Tapi itulah, kita hanya merancang. Perancangan-Nya yang terbaik. Dia tahu kemampuan Ummi. Walaupun Ummi bersalin secara C-zer, alhamdulillah Allah mudahkan segalanya bagi Ummi. Rezeki dan bahagian masing-masing.

Sebenarnya Ummi dah tak berapa ingat tentang bab kelahiran Angah 😅 memang dah due ke macamana tapi yang Ummi ingat time tu BP Ummi mencanak naik, bacaan cecah 200 (atas). Bawah pun sama, tinggi juga. Yes, Ummi ada hypertension during pregnancy. So, Dr D terus decide "kita ke OT sekarang!" Emergency c-zer. Bila dengar nak kena operate time tu juga, menangislah Ummi haha... Bukan takut operation, tapi teringatkan Abang. In fact, itulah antara punca BP Ummi sentiasa tinggi bila masuk 3nd trimester. Ummi asyik terfikir, if anything happen to me, Abang macamana. Siapa nak jaga bla...bla...

Alhamdulillah selamat :D
Lahirlah bayi comel tu, tepat jam 1.33 tengahari. Kelahiran yang diiringi azan zohor. Orang kata, baby lahir tengahari 'keras hati'. Takpe kita lihat dari sudut positif, tukar sifat degil tu kepada determination. Biar dengan sifat tu dia tidak mudah mengalah dalam mencapai hajatnya. Yang baik-baik of course.


So this handsome boy turns 8 years old today.  Perasaan tepat untuk gambarkan dia, he is racun, he is penawar. One moment he is the sweetest kid but in a split second boleh jadi my enemy no 1 😆😆😆 tengok lah macamana kita treat dia. Silap sikit, berubah mood dia. But overall he is a good kid. And generous too. Sesuai dengan namanya yang bermaksud 'dermawan'.

I surprised him with these this morning;

A balloon and birthday present. 
And pulut kuning with his favourite sambal ikan bilis. 

Plus a self made birthday cake. Dalam tu penuh dengan kasih sayang tau!


Look at his face.
The expression is priceless 😍
It's gonna stay with me forever.

Ummi doakan hanya yang terbaik untukmu nak! Jadilah anak yang baik, taat, penyejuk mata Ummi Walid, jadi pembantu yang setia untuk Abang, pelindung untuk Kakak dan Adik. Ya Allah, kayakan dia dengan kasih sayang dan harta benda. Kerna dia seorang yang dermawan. Dan dia juga nak jadi businessman! Moga ramai yang beroleh manfaat darinya nanti aamiin.

We love you Angah 💖💝♥️

9 comments:

  1. Ya Allah...sweet sangat ummi angah ni tauuu...gembira betul angah tu..happy birthday!

    ReplyDelete
  2. happy birthday angah... smeoga menjadi anak kebanggaan keluarga, agama dan negara

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir ya adik

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday Angah! I love the first photo. Siap dengan cake and belon. And he has such a warm and sweet smile, can melt an iceberg! And I picked up something today, so practical to serve cake like that, dengan cake pan sekali hee..hee.. That's what I will do at my next gathering!

    ReplyDelete
  5. Tq PH 😘
    Hahaha...
    I don't know how to keluarkan the cake from the pan actually. A beginner like me you know lah 😆😆😆

    ReplyDelete