Saturday, 14 July 2018

Raya 2018 ~ Open houses dan jamuan raya anak-anak


Dah berakhir Syawal tapi cerita Syawal belum habis 😅. 

Nak jugalah Umi post tentang open houses raya tahun ni. Sejak setahun dua kebelakangan ni semangat nak attend open houses tu dah berkurang. Bukan apa, tak tahan dengan traffic jam yang melampau-lampau. Penat hadap traffic jam lebih dari penat beraya. 

So kami lebih selective; dahulukan jemputan yang dekat, rumah yang belum pernah pergi (jauh pun takpe), priority pada kenduri (wedding/aqiqah/DOA selamat dsbnya) berbanding sekadar open house. Maaflah kepada yang menjemput antaranya aP, Syed, SA dll sebab kami tak hadir. 

Open house pertama rumah jiran. 9 Syawal baru jumpa laksa. Seminggu beraya di Kedah takde pula yang menjamu laksa. 


Ni dekat area selayang. Nampak Empangan Batu. Besarnya.... Kalau nak ke Ulu Yam boleh nampak air macam tasik besar. Ini from the other side. 


Ini open house masjid. Nazir masjid sendiri jemput Walid, kenalah tunjuk muka hikhik... 


 Anak2 dapat duit raya dari YB baru, Tn Hilman Idham. Ganteng juge orangnya 😜 

YB baru.
Yang seronoknya YB lama, Ustaz Hasbullah pun datang 👍

Petangnya member GO jemput ke rumahnya. Dapatlah makan sate. Dekat masjid tadi malas nak beratur...eh silap, itu orang beratur ambik kambing golek 😇 


Ini souvenir dari open house ofis Walid. Pagi buat makan2 department depa. Petang ke Hyatt, hosted by the company. Mula tu wyalis mengelat taknak pergi. Sekali boss cari daa... Apalagi teruslah start motor hehe. 


Cantik hall Hyatt ni.
Hyatt ni tengah construction time Umi berhenti kerja dulu. Tak sempat merasa buat program di sini. 


Rabu kelmarin, group pulak buat open house. Berapa banyak open house pun taktau lah company Walid keja ni. Takpelah rezeki.  No complain hihi...

Last but not least, malam tadi surau kami buat open house juga. Sekali dengan majlis bacaan Yasin untuk ahli kariah yang nak berangkat ke tanah suci. Umi tak join tapi dapat jugaklah merasa. Boyfriend #1 bawak balik bihun dengan rendang. Sedap rendang daging tu. 


Alang-alang record sekalilah pasal jamuan raya sekolah anak2. Abang dengan angah Umi tak ambik gambar langsung. Dekat group sekolah & class pun takde terselit gambaq depa :(  takpe memori kekal di ingatan insha Allah. 


Setiap tahun sekolah akan bagi memo tentang keperluan/menu yang perlu dibawa oleh murid-murid. Senang kerja Umi tahun ni. Angah kena bawa air gula je. Abang pula Umi beli karipap frozen dan goreng je pagi tu. Alhamdulillah sempat je. 

Untuk kakak, dia request nugget je. Yang kelakar tu bila dia tengok 2 Tupperware besar Umi suruh bawak ke sekolah terus dia cakap "kakak taknak banyak sangat. Tak larat nak habiskan". Hahaha...dia ingat macam bawak bekal selalu tu... Untuk dia makan sorang je hehe. Risau gamaknya nak kena perabih nugget 2 bekas tu 😆


Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Moga ada umur panjang bertemu lagi dengan Ramadhan & Syawal yang akan datang. Aamiin. 

5 comments:

  1. Puan Hazel, it looks like you had a great celebration until tak habis2 cerita pasal Raya hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Semua I nak record here for the sake of lasting memories. In future my kids can read this and see how great we have celebrated raya 2018 :D

      Delete
  2. seronok nya raya tahun ni. lepas ni tentu ramai yang sibuk buat persediaan nak ke tanah suci pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak. Fokus haji pula tapi itulah dah Zulqaedah pun masih ada yang lajak beraya lagi.

      Delete
  3. Itulah untungnya ada blog.... boleh saved kat sini. Esok esok nak tengok balik menu apa makan open house tahun lepas boleh terus cari kat sini. Manalah tau rindu meehoon surau kan hhahaha

    ReplyDelete