Tuesday, 3 July 2018

Laila Homestay, Sungai Petani



Disinilah kami menginap selama 2 malam sewaktu balik beraya di Baling serta cuci mata di Tg Dawai.  SP ke Baling dalam 45 minit je. Sengaja kami pilih bermalam di SP sebab 2nd day nak makan kenduri di Tikam Batu. Lagipun satu hari dah complete beraya ni Baling. 



Ruang tamu.
Cantik dan terjaga rumahnya. Rumah pun baru. Rasanya taman perumahan ni baru 2-3 tahun dibuka. Owner pun baik orangnya w/pun Umi tak sempat jumpa. Hanya berurusan via phone. Time En Radzi datang Walid je keluar bagi duit sewa. Sewa semalam hanya RM120. Susahkan nak dapat harga macam ni. Standard rate umi survey RM150 di SP ni. Alhamdulillah Umi jumpa iklan hstay ni di mudah.my. Harga promosi untuk 2018 kalau tak silap Umi. Bilik ber-aircond ada 2 tau! Yang ni penting bagi Umi anak beranak πŸ˜… towel, sejadah, telekung, kain pelekat pun disediakan.



Ada 4 bilik tidur dengan satu bilik diletakkan iron, buaian bayi juga baby cot. Bagi Umi yang jenis travel dengan 'baju sangkut' (baju siap iron) ni bilik ni jadi bilik wardrobe kamilah πŸ˜ƒ

Master bedroom yang cantik.

Bilik ke-2. Sarang Abang &Angah :) 

Dining & kitchen. 

Bilik ke-3. Juga ada aircond. 

Peralatan dan perkakas memasak tak disediakan sebab owner nak maintain kebersihan rumah. Tapi rice cooker, kettle, fridge semua tu ada. Don't worry. Beras, gula, kopi semua En Radzi dah standby. Kami pun diizinkan makan minum apa yang ada di dapur tu. Nampak uncang teh dalam kabinet dapur Umi buat teringin juga haha... Padahal dah bawak minuman 3-in-1.  Minta halal ye En Radzi. Ala, macam pergi hotellah juga. Mesti nak buat air. Pastu minum ala2 datin sambil jenguk tingkap πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ padahal kat rumah segala jenis teh ada termasuklah masala chai yang Walid bawak balik Dari Mumbai hari tu. Pedas berempah rupanya teh tu.

Bekalan kami. 

Umi masak nasi malam tu. Pinjam rice cooker tuan rumah. Beras sdn bhd. Sebab dah bawa, malas nak guna yang tuan rumah provide. Walid beli lauk ala thai. Sedap! 

Back to the hstay, mostly perabot/bedding items/utensils guna barang IKEA. Definitely they got taste! Deco sangat minimal tapi ada class. Umi suka sangat bila warna putih mendominasi ruang. Nampak luas dan elegant kan...

Jangan kata towel, losyen pun disediakan 😍

Adik kakak tengah belek sticker di peti ais. Minta maaf kalau ada yang hilang. Adik suka benar kopek sticker tu πŸ˜‡. 




2-3 kali juga Umi basuh baju. Maklumlah raya, banyak baju yg digunakan. Dah basuh, bawak ke laundry masuk dryer machine. Senang. 


Super comfy selimut from IKEA. 

Sedikit cadangan penambahbaikan utk tuan rumah. Panel TV tu mungkin boleh diperkukuhkan (skru di dinding maybe) sebab ada 2-3 kali anak2 tertolak panel tu. Ringan dikhuatiri jatuh. Yang lain semua tiptop bagi Umi. And highly recommended to those yang nak stay di SP. Apa-apa roger En Radzi ye.  Thank you very much for your hospitality tuan!

4 comments:

  1. cantik pulk katil tu warna pepel.. hahaa

    ReplyDelete
  2. Terimakasih atas informasinya, Silahkan Kunjungi website kami ^^
    http://fauziaherbal.com/

    ReplyDelete
  3. Lama dah duk homestay. Dulu kalau pi Sri Iskandar mesti sewa homestay dgn Kak Mid. La ni Kak Mid entah kemana, malas nak cari sumber dah.

    Bestkan duk menyewa homestay perumahan yg baru..... Tambah lagi deko lawa dan selesa macam tu.... Duk lama lagi pun sanggup hihi..

    Yg penting aircond setiap bilik kena ada..

    ReplyDelete