Saturday, 7 July 2018

16 Syawal ~ Baby Rayyan in da House 😘😘😘


Istimewanya baby Rayyan kepada kedua ibubapanya umpama istimewanya Siti Aafiyah kepada Dato CT & Dato K. Rayyan hadir pada tahun ke-10 usia perkahwinan ibubapanya. Umi faham sangat keterujaan mamanya saat memperkenalkan Rayyan pada kami sekeluarga. Perbualan hanya berkisar tentang Rayyan, Rayyan dan Rayyan... It's OK zie. Been there, done that πŸ˜‰

Waktu kami seofis dulu selalulah berkongsi perasaan. Umi pun tunggu Abang dulu 5 tahun. Adalah petua/amalan/ubatan/rawatan dsbnya yang Umi share. Tapi Umi hanya share bila diminta. Bukan kedekut ilmu tapi Umi faham sangat perasaan seorang TTC-ian (trying to conceive mom). We are very sensitive. That's why Umi sangat berhati-hati bila memberi nasihat atau berkongsi pengalaman. Cuma Umi pernah cakap dengan mama Rayyan, umur kita makin meningkat setahun ke setahun. Chances utk dapat baby tu makin kecil sebab kesuburan makin menurun. You should try harder if you really wanted to have a baby. That time we were in our mid-30s. And I also kept her in my prayer during our hajj. Depan kaabah dan dalam sujud Umi minta Allah rezekikan dia anak agar dia dapat rasa nikmat & bahagia jadi seorang ibu macam Umi. 

Alhamdulillah my prayer was answered. 
 Not only He granted her a baby but another couple whom I prayed for them to have a baby is also waiting for the day to become a parents. Alhamdulillah syukur.  Happy sangat sebab couple ni pun dah 8 tahun menunggu. Depa bersanding pada 10-10-2010. Itu yang Umi ingat tu :)  Berita baik ni pun disampaikan oleh mama Rayyan. Benarlah berdoa di tanah haram tu  berkat. Satu persatu DOA Umi di tanah suci Allah makbulkan. Alhamdulillah.  W/pun bukan Umi seorang yang doakan mereka tapi DOA tu dah diangkat alhamdulillah. 

Moga Rayyan membesar dengan baik, dilindungi dari segala mudharat dan menjadi penyejuk mata ibu ayah sentiasa aamiin. 


Umi jamu mee soto untuk depa. Nanti Umi share resepi insha Allah. Resepi paling sedap tapi simple yang Umi pernah try πŸ‘πŸ‘πŸ‘


3 comments:

  1. seronok dgn anak2..semoga sesiapa yg tak punya anak lagi teruskan berusaha, berdoa..InsyaAllah..

    meleleh air liur tgk soto tu..lama akak tak buat..hehe

    ReplyDelete
  2. Aamiin.

    Buatlah Kak. Lagi puas makan hehe

    ReplyDelete
  3. Faveret ni soto... tp jarang makan soto dengan mee, selalunya dengan nasi himpit.
    Jangan lupa share resepi, nak tau jugak rahsia kesedapan soto PH katanya hihi...

    Alhamdulillah akhirnya merasa jadi ibu jugak kawan tu. Nikmat yg tak dpt digambarkan dengan kata kata ye PH. Tahniah mama Rayyan

    ReplyDelete