Wednesday, 18 July 2018

Kenduri #15/18 ~ Double Joy for Hj & Hjh Rahim




First, of course lah sebab depa terima menantu. Majlis meraikan pengantin telah diadakan di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Jalan Semarak. Pertama kali kami jejak kaki ke UTM Jalan Semarak niw/pun dah berulang kali melintasi Jalan Semarak ni.

Cantik rupanya landskap UTM ni. Ada banyak kerusi/bangku untuk warganya berehat. Pokok-pokok pun banyak dan besar memberi teduhan yang menyamankan.


Masa guard cakap "tuan parking area pokok tamar tu ye" Umi dah excited. Tak sangka ada pokok tamar (kurma) dalam UTM ni. Maklumlah sekarang musim haji, memang teringat-ingat je kenangan di sana w/pun dah 4 tahun berlalu. 

Ladang tamar di Madinah. Allah, rindunya dengan kota Madinah 😭

Nanti pergi Madinah kita posing lagi ye bawah pokok kurma 😊


Berhadapan dengan dewan, ada library (Perpustakaan Sultanah Zanariah). Umi memang 'hantu library' tapi tak singgah lah. Mesti kena ada pass nak masukkan. Tapi sempat lah kongsi cerita dengan Abang. Time Umi study dulu Umi suka lepak di library. Duduk dalam cubicle tu dan mentelaah. Selain sunyi, sejuk aircond tu yang best. Nak study oversea tak mampu, kita berangan je lah :D

Besar dewan ni. Food pulak variety dan sedap-sedap belaka. Mewah dengan pelbagai jenis sajian. Moga makin murah rezeki Hj sekeluarga.



Umi makan 3 ketul kuih tart tu. Sedap. Gebus gebas 😋

Selain dapat menantu, dikhabarkan Hj & Hjh akan terbang ke tanah suci awal bulan depan untuk menunaikan haji sekali lagi. Alhamdulillah gembira sungguh Umi dapat tahu hal ni. Seronok sangat. Malah Umi Walid pun menyimpan hajat yang sama, nak buat haji lagi sekali. Seronok! Doakan kami. Moga dipermudahkan semuanya dan beroleh haji yang mabrur utk Hj & Hjh Rahim.

Tahniah untuk pengantin. Moga berkekalan hendaknya ikatan perkahwinan yang dimeterai. Berbahagia sentiasa. Aamiin.


4 comments:

  1. Tahniah utk tuan rumah yg dapat menantu dan akan ke Tanah Suci sekali lagi untuk menunaikan fardhu Haji.
    Lega sikit tuan rumah nak ke Tanah Suci kali ni bila anak anak dah pindah tanggungjawab kepada suami masing masing...
    Tak kisahlah apa pun yg penting org yg datang tu dpt makan sedap hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah betul tu Kak. Yang penting den makan sodap & konyang haha

      Delete
  2. seronok dengar perkhabaran insan2 nak brangkat ke tanah suci. semoga ada rezeki CT dijemput kesana.. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Insha Allah ada rezeki dapat ke sana. DOA banyak2.

      Delete