Sunday, 22 July 2018

Dua-dua nombor 2 tapi....



Mula-mula Umi ke kelas Abang dulu. Abang dengan few classmates dia escort Umi haha. Sambil-sambil tu Umi dengar lah diorang dok sok-sek sok-sek "fawwaz kau dapat no 3". Baru je hati Umi nak berbunga, dengar iman cakap "eh, akulah no 3!" Alamak. Kalau iman no 3, takde chance lah Abang nak dapat top 3 sebab Abang selalu 'belakang' Iman. Lepas tu dengar pulak diorang cakap no 5 lah fawwaz. Kelas Abang tingkat 4, dahlah semput Umi nak naik. Dokong Adik lagi. Budak2 ni dok membawang lagi makin lemah langkah Umi 😝 

Alhamdulillah bila dah jumpa Cikgu kelas Abang, tengok result Abang semua OK. Dapat no 2 alhamdulillah. Cuma BI nak kena improve. 

Tahniah Abang. Umi tau Abang takkan hampakan Umi 😘😘😘

Turun kelas Abang, naik tingkat 1 pulak bangunan sebelah. Nak jumpa Cikgu Angah ni Umi kena tebalkan muka sikit sebab result dia banyak yang KO πŸ˜… tapi Cikgu kata maybe dia baru boleh baca jawi, sebab tu banyak salah tu. Tak faham soalan agaknya. Tapi bagi Umi Walid tahu sangat dia jawab main-main je exam tu. Terbawa-bawa lagi feel tadika dia. Bila soalan suruh tandakan buah/bunga/akar/daun/batang pada gambarajah pokok pun dia boleh salah. Padahal bukan tak kenal pun mana satu daun mana satu buah! Rukun Iman rukun Islam pun berterabur. Aduhlah anak πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Betullah angah warnakan rukun Islam tu Umi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi itulah depa exam hari tu pun bulan puasa. Memang letih puasa. Nak paksa suruh study pun kesian tengok dia berpuasa, melepek je. Malam pun lepas isyak Umi suruh tidur sebab 4.30 pagi dah bangun untuk sahur. Tak tidur dah lepas tu sebab lepas subuh nak ke sekolah pulak. Nanti kita pulun untuk final exam ye sayang. 

Finally Umi pun tanyalah Cikgu, no last ke ni Cikgu? Cikgu senyum je..."no 2 LAST". No dua juga πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dapat komik terus lupa makan minum. Ikutkan dia tak dapat apa-apa (buku) sebab bukan no 1-10 tapi kesian pulak asyik merengek je. Lagipun dia lancar membaca dulu pun asalnya sebab baca komik. Bagilah chance. 

Tak kisahlah, Umi Walid treat semua sama rata je. Angah pun bukan semua subjek teruk, ada je yang beyond expectation Umi. Both BI papers dia A, Umi pun terkejut :) Apalagi, jom makan KFC! 





Jangan lupa say thanks to Mr Siva for the KFC vouchers πŸ˜€

4 comments:

  1. alhamdulillah insyallah besar jadi anak soleh aset mak ayah. biasa tu asam garam ranking ni hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.
      Itulah janji jadi orang berguna. Baru first exam, uminya yang kalut lebih hikhik

      Delete
  2. tahniah kedua2nya nya..itu lah anak no.2 ni susah dijangka, samalah macam anak saya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kadang pening jadinya nak melayan karenah dia.

      Thanks mama :)

      Delete