Tuesday, 24 July 2018

Ke Teratak Aida.


Lama dah Umi berhasrat nak bawak Tok ke rumah Aida, cucu saudara yang paling rapat dengan Tok. Cuma baru-baru ni ada kesempatan dan kekuatan. Perlukan kekuatan sebab rumah Aida di tingkat 4! Risau takut Tok tak larat nak panjat tangga hihi... 

Tapi itulah, kuat semangat Tok nak berkunjung ke rumah Aida. Gigih panjat tangga tu w/pun kena stop 2-3 kali ambik nafas πŸ˜„ Umi dengan abanglah stand by depan belakang Tok takut jatuh. At the sama time boleh jugak berehat. Semput ooi tapi kita "cover line" lah. Malu kat Tok hehe...

Kulihat hijau... Sejuk mata memandang kehijauan sebegini. 

Kami dijamu laksa. Boleh tahan air tangan Aida. Siap ambik tempahan untuk jamuan raya penduduk situ. 

Anak2 lah paling suka sebab banyak mainan kat rumah Aida ni. Umi pulak suka sebab berangin je. W/pun cuaca panas tapi best sebab boleh buka tingkap besar-besar. Let the light and wind come in. 

Kakak jadi Cikgu...

Pening kepala Ayyad. Apalah yang Cikgu ni ajar ye? Firas dgn kakak beza umur 3 hari je. 

Adik main slide je. Takyah nak pening-pening belajar dgn Cikgu Balqis 😊

Abang dengan Angah?
Dok berebut toys dekat playroom! Grr...grr...

4 comments:

  1. Cantik view. Views dari rumah Aida tu ke?
    Takpelah sekali sekala naik tangga anggaplah macam pergi exercise hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan? View dari tepi tangga hehe...

      Itulah, sekali sekala oklah. Tapi empunya rumah dah alah bisa tegal biasa dah :)

      Delete
  2. nasib tok steady. smpi jugak ke atas ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah steady dia. Mujur takde sakit lutut kalau tak mmg Tak bagi Tok panjat.

      Delete