Monday, 30 July 2018

Hari Alam Ria 2018



 Abang dan Angah masing-masing pernah 
mewakili sekolah mereka (Pasti) ke Hari Alam Ria. Abang masuk pertandingan bercerita manakala Angah bersajak. Meneruskan tradisi, kakak pun taknak kalah. Cikgu pilih jadi wakil nasyid w/pun baru 5 tahun bersama best friend dia, izara. Best friend yang kejap elok kejap gaduh haha... Yang lain semuanya murid 6 tahun. 


Setiap team perform 2 lagu: satu lagi pilihan, satu lagi lagu Pasti yang selalu depa nyanyi. Tak semestinya lagu rasmi Pasti. Adalah lagu depa macam-macam... 

Team kakak nyanyi lagi Ikhwan Fatanna "Bismillah". Sampai hari ni dok bertekak dengan Umi :( Dia cakap Ikhwan Fathoni, Umi cakap Ikhwan Fatanna yang nyanyi lagu tu taknak caya jugak 😁😁😁 sampai kena Google-lah cari lagu tu. Umi ni lagu Raihan ke Rabbani ke tahulah... Yang kontemporari ni memang tak kenal :(

Selain excited nak tengok kakak nyanyi life (haha) Umi excited nak tengok pakaian depa. Baju & tudung Cikgu sediakan. Mak ayah sedia duit je hikhik... Saban tahun geram je tengok budak2 ni melawa especially team nasyidlah. 

Antara yang menarik perhatian Umi. 

Comel-comel je Cikgu siapkan sedondon baju & tudung. Siap mekap lagi. Time Abang Angah bertanding pakai baju melayu je. Ini anak pompuan excited lebih Umi depa. 

Cg Pia sangkut baju ala-ala wedding dress gitu. 

Mujurlah ada volunteer tolong siapkan kakak & kawan-kawan dia. Harapkan Umi memang tak retilah nak belit-belit shawl ni. 


Team ke-15. 

Steady kakak 😘😘😘

Suka pic ni. Both anak2 & parents in action 😆


Nice try kakak & friends. Dapat no 8 dari 26 kumpulan. Alhamdulillah ada juga hamper untuk depa. Kalah menang tak kisah tapi seronok sangat sebab kakak happy je. Balik sekolah hari ni siap complain " hari ni tak praktis nasyid pun Umi ". Hahaha... Pertandingan dah habislah Kakak 😁 Tahun depan join lagi ye sayang. 


Penyokong kuat kakak. Asal dengar lagu Pasti je dia pun nyanyi sekali. Siap gaya lagi. Asyiklah kena gelak dengan penonton sebelah :D 

Dapat tabung sebagai hadiah penyertaan. Adalah kenangan untuk kakak selain experience & exposure yang dia dapat. Alhamdulillah 'ala kulli hal. 



Thursday, 26 July 2018

Hotel Al Haram, Madinah.



Di sinilah Umi dan rakan jemaah KT07 di tempatkan selama hampir 8 hari kami di Madinah. Kami tiba di Lapangan Terbang Prince Muhammad sekitar jam 12 t/malam (pagi jumaat) dan berangkat meninggalkan kota suci ni selepas Asar jumaat seterusnya menuju ke rumah Allah, Baitullahil Haram. 

Boleh BACA DI SINI untuk catatan sebelumnya. Sehingga musim haji kali ini Hotel Al Haram masih digunakan sebagai tempat penginapan jemaah Malaysia. W/pun pernah terdengar ura-ura ianya akan dirobohkan untuk projek pembesaran Masjid Nabawi namun ia masih bertahan hingga kini. 

Pernah panjat tangga ke bilik sebab lift jam/packed.
Mujur tingkat 4, boleh gagah lagi.  

Alhamdulillah rezeki Umi ditempatkan di sebuah suite 2 bilik beserta 2 bilik air di Hotel Al Haram ni. Memandangkan ianya suite maka kedudukannya di corner lot sehingga ramai jemaah menggelarkan suite kami 'banglo'. Walid pula ditempatkan di bilik hotel standard bersama 5 jemaah lain. Rumah teres :) bukan niat Umi untuk bermegah tapi suka Umi nak kongsikan kepada para tetamu Allah, 
sentiasa berdoa agar Dia jadikan kita tetamu-Nya yang istimewa. W/pun kita bukan siapa-siapa, tapi yakinlah dengan DOA kita. Boleh rujuk buku Prof Kamil "Haji:Mengupah Sempadan Iman" untuk kupasan lanjut. Berkat DOA minta dilayan sebagai tetamu yang istimewa, banyak keistimewaan yang Umi dapat. Alhamdulillah syukur. Dengan keistimewaan ni fokus Umi kepada ibadah haji dan ibadah harian jadi lebih mudah. Tenang je hati. Kuncinya? Banyakkan berdoa dalam ungkapan yang kita maksudkan. Tak perlu berbunga-bunga. Nyatakan hasrat kita dan Dia sebagai sebaik-baik tuan rumah pasti akan menunaikan. 

Katil Umi. 

Katil Tok Yah & Makcik Intan. Rindunya 😍😍😍

Kisah mereka ada SINI. Rindunya pada mereka berdua :( 

Bilik ke-2. Dihuni Makcik Ani & co. Ada 4 orang semuanya.

Ruang tamu.
Kami gunakan untuk menyidai pakaian 😊
Tak sempat untuk bersantai di sini w/pun ada sofa juga TV. Masing-masing ambik kesempatan sebanyak mungkin untuk berada di Masjid Nabawi. 

Ada kettle, fridge di kitchen. Cuma Tak sempat guna juga :) 

Hotel Al Haram ni sangat strategic kedudukannya kerana pintu pertama yang akan kami temui untuk masuk ke Masjid Nabawi ialah pintu Uthman bin Affan, pintu khusus untuk jemaah wanita.  Setiap hari kami akan melalui pintu belakang hotel dan berjalan terus ke Masjid Nabawi. Hanya sekadar 50-60 meter. 


Makanan pertama kami oleh pihak TH. Hanya untuk hari pertama sahaja pihak TH menyediakan sarapan untuk jemaah. Masuk hari kedua dan seterusnya sarapan adalah 'sdn bhd' (tanggungan sendiri). Pihak hotel hanya menyediakan minuman; kopi/tea juga gula & krimer di dewan makan. Untuk makan t/hari dan malam sahaja disediakan setiap hari. 

Selain nasi dan lauk, air mineral dan buah disediakan untuk lunch & dinner. 

Dewan makan.
Selain menjamu selera, sebarang taklimat/perjumpaan diadakan di dewan ni.

Istimewanya Hotel Al Haram ni, di aras bawah terdapat deretan kedai menjual pelbagai jenis barangan yang kebanyakannya sesuai untuk dijadikan buah tangan seperti pakaian, makanan kering (kurma, kekacang dsbnya) serta minyak wangi dll. Yang paling best, pusat operasi PosLaju juga ditempatkan di sini. Jika jemaah hotel lain perlu mengangkut barang ke sini atau pihak PosLaju sendiri yang akan mengangkut barang yang hendak di pos, kami hanya perlu turun ke bawah dan melakukan transaksi yang sepatutnya. Sangat mudah dan menjimatkan masa dan tenaga. W/bagaimanapun hotel utama yang lain seperti Movenpick juga ada menempatkan perkhidmatan courier lain. Nationwide kalau tak silap. Di hotel kami juga ada counter TH untuk sebarang urusan berkaitan. Nak keluar masuk duit umpamanya hanya menggunakan name tag yang diberi. Tidak perlu membawa passbook TH ke sana. 

Terserempak dengan staff PosLaju yang sedang mengangkut barang kiriman jemaah untuk dipos ke pusat operasi di Hotel Al Haram dari hotel berdekatan. 


3 kotak besar kami pos balik ke Jitra.
Barang sampai dulu sebelum tuan balik ke tanah air. 

Kami borong sejadah untuk sedekah pada kawan-kawan dan saudara mara. Kadang tu terasa juga ralatnya bila memikirkan kos yang terpaksa ditanggung untuk mengepos tapi bila difikirkan sejadah boleh digunakan lama (lasting) berbanding perfume umpamanya, kami tekad. Moga setiap kali ada yang menggunakan sejadah yang kami hadiahkan mengalir juga pahala untuk kami. Itulah hasratnya. 


Masjid Imam Bukhari di hadapan hotel. Kami tak berkesempatan masuk ke dalam masjid  (rasanya tak dibuka) tapi hanya meninjau di sekitarnya sahaja. 

Antara kedai yang ada...

Di kiri kanan hotel penuh dengan deretan kedai. Kedai cenderamata, runcit, telefon, restoran, semuanya ada. Ada juga yang mendakwa kedai yang diuruskannya milik Dato' Azeez (mantan Chairman TH). Entah betul entah tidak. 

Ambik peluang untuk waqaf Quran. Pastikan anda beli ditempat yang betul. Ada Al Quran yang tidak dibenarkan diletakkan dalam Masjid Nabawi. Untuk standardization. 

Hotel berdekatan...





Pergerakan asal. Bila ditunda selepas asar, sempat kami bersolat jumaat sekali lagi di Masjid Nabawi. Alhamdulillah dapat 2x solat jumaat di sini. 

 Ya Allah! Berilah kami kesempatan untuk ke sana lagi. Jemput dan bawalah kami ke rumah-Mu sekali lagi. Aamiin. 

Rindu.

Tuesday, 24 July 2018

Ke Teratak Aida.


Lama dah Umi berhasrat nak bawak Tok ke rumah Aida, cucu saudara yang paling rapat dengan Tok. Cuma baru-baru ni ada kesempatan dan kekuatan. Perlukan kekuatan sebab rumah Aida di tingkat 4! Risau takut Tok tak larat nak panjat tangga hihi... 

Tapi itulah, kuat semangat Tok nak berkunjung ke rumah Aida. Gigih panjat tangga tu w/pun kena stop 2-3 kali ambik nafas 😄 Umi dengan abanglah stand by depan belakang Tok takut jatuh. At the sama time boleh jugak berehat. Semput ooi tapi kita "cover line" lah. Malu kat Tok hehe...

Kulihat hijau... Sejuk mata memandang kehijauan sebegini. 

Kami dijamu laksa. Boleh tahan air tangan Aida. Siap ambik tempahan untuk jamuan raya penduduk situ. 

Anak2 lah paling suka sebab banyak mainan kat rumah Aida ni. Umi pulak suka sebab berangin je. W/pun cuaca panas tapi best sebab boleh buka tingkap besar-besar. Let the light and wind come in. 

Kakak jadi Cikgu...

Pening kepala Ayyad. Apalah yang Cikgu ni ajar ye? Firas dgn kakak beza umur 3 hari je. 

Adik main slide je. Takyah nak pening-pening belajar dgn Cikgu Balqis 😊

Abang dengan Angah?
Dok berebut toys dekat playroom! Grr...grr...

Monday, 23 July 2018

High Tea, Mini Reunion & Raya Gathering all in one



Nak kata beraya tu rasanya tak sesuailah sebab bulan Zulqaedah pun dah hampir separuh. Ianya lebih kepada gathering aka mini reunion untuk kami warga Certianz.

Tuan rumah untuk gathering ni Fang, bff Umi. Rezeki kami berdua dapat kerja sebumbung lepas grad many many years ago :D. The other guests were Ibu & KJ. Fang & Ibu were among the first employees of CE. Umi joined later. Now masing-masing dah bawa haluan sendiri tapi the friendship never end. Hari-hari pun dok membawang dalam WhatsApp group 😇 

W/pun hanya berempat (plus family masing-masing), seronok sangat sekali sekala berjumpa macam ni. Yang lain ada komitmen masing-masing. No problem. 

Popia carbonara cheese dari tuan rumah. 




Rendang & pulut kuning dari ibu. KJ bawa kek tapi Umi lupa nak snap gambar. Ala, kek marble je 😜 kuah durian tu pun tuan rumah masak juga. Special request by yours truly. 

Mee kari nyonya Umi punya air tangan :) 


Ada durian juga. W/pun baru dikeluarkan dari freezer, laku keras juga duriannya. Umi bawa balik sikit. Dah selamat jadi bubur kacang durian dah 😋


Thanks fang for having us. Next year kita jumpa kat Nilai Impian pulak, insha Allah. 


Sunday, 22 July 2018

Dua-dua nombor 2 tapi....



Mula-mula Umi ke kelas Abang dulu. Abang dengan few classmates dia escort Umi haha. Sambil-sambil tu Umi dengar lah diorang dok sok-sek sok-sek "fawwaz kau dapat no 3". Baru je hati Umi nak berbunga, dengar iman cakap "eh, akulah no 3!" Alamak. Kalau iman no 3, takde chance lah Abang nak dapat top 3 sebab Abang selalu 'belakang' Iman. Lepas tu dengar pulak diorang cakap no 5 lah fawwaz. Kelas Abang tingkat 4, dahlah semput Umi nak naik. Dokong Adik lagi. Budak2 ni dok membawang lagi makin lemah langkah Umi 😝 

Alhamdulillah bila dah jumpa Cikgu kelas Abang, tengok result Abang semua OK. Dapat no 2 alhamdulillah. Cuma BI nak kena improve. 

Tahniah Abang. Umi tau Abang takkan hampakan Umi 😘😘😘

Turun kelas Abang, naik tingkat 1 pulak bangunan sebelah. Nak jumpa Cikgu Angah ni Umi kena tebalkan muka sikit sebab result dia banyak yang KO 😅 tapi Cikgu kata maybe dia baru boleh baca jawi, sebab tu banyak salah tu. Tak faham soalan agaknya. Tapi bagi Umi Walid tahu sangat dia jawab main-main je exam tu. Terbawa-bawa lagi feel tadika dia. Bila soalan suruh tandakan buah/bunga/akar/daun/batang pada gambarajah pokok pun dia boleh salah. Padahal bukan tak kenal pun mana satu daun mana satu buah! Rukun Iman rukun Islam pun berterabur. Aduhlah anak 😇😇😇

Betullah angah warnakan rukun Islam tu Umi 😂😂😂

Tapi itulah depa exam hari tu pun bulan puasa. Memang letih puasa. Nak paksa suruh study pun kesian tengok dia berpuasa, melepek je. Malam pun lepas isyak Umi suruh tidur sebab 4.30 pagi dah bangun untuk sahur. Tak tidur dah lepas tu sebab lepas subuh nak ke sekolah pulak. Nanti kita pulun untuk final exam ye sayang. 

Finally Umi pun tanyalah Cikgu, no last ke ni Cikgu? Cikgu senyum je..."no 2 LAST". No dua juga 😂😂😂

Dapat komik terus lupa makan minum. Ikutkan dia tak dapat apa-apa (buku) sebab bukan no 1-10 tapi kesian pulak asyik merengek je. Lagipun dia lancar membaca dulu pun asalnya sebab baca komik. Bagilah chance. 

Tak kisahlah, Umi Walid treat semua sama rata je. Angah pun bukan semua subjek teruk, ada je yang beyond expectation Umi. Both BI papers dia A, Umi pun terkejut :) Apalagi, jom makan KFC! 





Jangan lupa say thanks to Mr Siva for the KFC vouchers 😀