Ceq oghang Kedah. So, tak kiralah selipar ka, sandal ka, high-heels ka, wedges ka, sneakers ka semua pangge kasut ja. Sekali jalan ja he he...
Sabtu lepas masa nak ke sekolah Abang tengok Abang main sukaneka Umi sarong je kasut ni dengan tergesa-gesa. Dah lambatkan... On the way baru perasan kasut tu dah terkopak. Sikit je, boleh lagi ni (pakai).
Sampai sekolah alhamdulillah ada lagi tempat utk parking. Tapinya parking area sekolah Abang ni berbatu-batu sikit. Sambil berjalan tu dah makin terasa tapak kasut makin nak tertanggal. Since takde kasut spare tabahkan hati jugaklah. Selamatlah sampai ke tempat sukan.
Tapi bila berjalan balik lepas habis sukan tu memang terburai tapaknya! Aduhai...
Banyak jasa kasut ni buat Umi. Beli pun dah tak ingat bilanya. Kasut ni lah Umi selalu pakai bila outing, brisk-walking hatta ke market pun! Masa berlari nak rak macam peserta Amazing Race dgn Cik Azie nak kejar flight ke Jakarta dulu pun kasut ni lah juga. Namun jasanya yang paling besar tentulah waktu Umi gunakan utk berjalan setiap hari ke jamrah untuk melontar ketika menunaikan haji. Moga ia menjadi saksi bahawa Umi gunakan ianya sebaik mungkin, untuk tujuan yg baik.
No comments:
Post a Comment