Salam jumaat...
Sejak awal tahun hari tu Umi sedaya upaya cuba sediakan bekal untuk Abang & Angah setiap pagi. So far so good alhamdulillah. Kena bangun awal sikit pun takpelah... Bukan apa, Umi salute betul dgn working mommies yang lagi awal bangun utk sediakan keperluan anak2 juga diri sendiri sebelum ke tempat kerja.
One of them is our Mak Tam, yang bangun seawal 5 pagi untuk memasak. Bukan saja utk breakfast, siap masak utk lunch. Their kids just need to re-heat the food once they come back from school.
Nak cerita pasal bekal yang Umi masak je tapi "terpanjang" pulak mukaddimahnya :)
Selasa.
Nasi lemak.
Sambal tumis ikan bilis tu Umi masak petang isnin. Esoknya panaskan je dan goreng telur.
Makaroni goreng ni bekal semalam.
Tapi untuk masuk dalam bekas, Umi tak letak daun sup/bawang dan cili tu. Confirm Abang & Angah tolak tepi je.
Roti pita untuk hari Rabu.
Takde sayur jugak sebab tau satgi anak2 Umi sibuk buang sayur sampai tak sempat nak makan. Time rehat pun bukannya lama kan...
Lastly, bekal untuk hari ni, jumaat.
Maggi goreng tapi penuh dgn sayur. Carrot ni Abang makan. Untuk Angah Umi dah scoop bahagian yg kurang sayur. Makanlah ye sayang...
Hari isnin takde bekal sebab Umi puasa :)
Harapnya dapatlah istiqomah bawak bekal ni. Dengarnya harga makanan di kantin sekolah Abang pun kemain mahal sekarang ni. Mana yang kita boleh jimat tu kita jimatlah ye nak...
No comments:
Post a Comment