Since he was 3-4 years old he started playing with Lego. Asal dapat result exam elok je mesti minta lego as a reward. Masa Umi Walid pegi mekah hari tu pun dia minta Lego jugak. Gigih Umi Walid cari, jumpa jugaklah dekat kedai BinDawood sebelah masjidil haram tu. 20 riyal, that time. Ini pun ikut Walid pi market nak bodek Lego la tu :p
Kalau nak dikira memang dah berkotak-kotak kami beli kan dia Lego ni, tapi tu lah ada yang dah hilang pun. Sepah sana sini. Banyak juga yg kena sapu dengan umi :p
But, I always impress with his ability to assemble these tiny things. Imaginasi dia memang tinggi. Kalau suruh Umi buat memang menegak je jadinya, buat rumah memanjang. Tapi dia pandai reka macam2. Tak rugi beli kan dia mainan ni, trigger his creativity & imagination.
Sempena LIMA 2017 ni, kita tampilkan koleksi kapal tempur ciptaan Abang :) inilah kerja dia sepanjang school holiday ni.
Ada separuh tin lagi ni belum assemble. Habuan adik2 main. Tapi selalunya depa akan suruh (baca:kacau) Abang jugak lah assemble untuk depa. Time cuti sekolah macam ni Umi pun biar je main puas2. Hari sekolah kadang tak sempat pun.
Main elok2 ye Abang!
Budak budak mmg kreatif PH...ada aje idea diaorang ni.
ReplyDeleteTu la memang buat kita kagum kan Kak...
ReplyDeleteada je idea budak2 ni, kdg2 kita tak terfikir pun benda kecik2 macam tu boleh create something different
ReplyDeleteItulah, saya imaginasi depa memang tinggi...
ReplyDeleteTq singgah ye zie...