Credit |
Cuti sekolah dah start. Anak2 ni asyik dok ajak balik kampung tapi ada kekangan. Dah tu kita bawak gi kg baru je, ziarah pak long depa. Kampung jugak tu kan...
Dah lama tak pergi rumah pak long depa (Abang kita), since Mak dah balik kampung. Kat kg baru ni taulah kan sesak, nak parking susah. Tapi kami kalau gi sini dapat parking ala valet parking gitu. Rasa macam VIP sebab boleh parking keta depan rumah Abang. Tapi time siang je lah. Kalau malam jangan kata tetamu, tuan rumah pun kena park keta kat luar. Kedai makan depan rumah Abang buka belah makan!
Tadi, elok je kita turun kereta dan alihkan papan notis 'no parking' depan jalan masuk ke rumah Abang tu, ada sorang mamat ni tegur kita;
Dia : Kak, jangan parking situ, satgi tuan rumah (Abang kita) marah
Kita: ni rumah Abang saya
Dia: ye ke? Maaf ye Kak... Tak pernah nampak sebelum ni
Kita: takpe...memang dah lama tak datang pun :)
Elok je hubby park, driver lorry ice pulak tegur, bagi tau suruh ubah takut tuan rumah bising. Mesti Abang kita dah pernah sound depa ni he he... Tapi memang tak boleh biar pun, sebab kadang2 tu ada je block jalan masuk ke rumah Abang tu. Kalau ada emergency memang susahlah. Kadang tu depa takde lah park betul2 di lorong masuk tu, tapi separuh badan @ suku badan keta tu block jalan Abang tu. Taulah kg baru tu, sempit. Jalan masuk rumah muat2 satu keta je.
Balik dari rumah Abang, kami trapped dalam traffic jam. Dari perkuburan batu muda nak ke exit sri gombak tu dalam 1 km je kot, tapi 1/2 jam jugak kami stuck. Dah la lapaq. Mengantuk pun ye jugak. Makan cukup, tidur cukup entah apa yg tak kena tak tau lah. Maybe aliran trafik yg too slow kot. Otw ke kg baru tadi dah nampak trafik menghala ke pantai Timur sesak di tol Gombak tu, tapi tu lah terlupa nak ikut Greenwood, jalan lama.
Khabarnya aloq setaq dah jadi macam Korea sekarang, musim pokok tecoma berbunga. Cantikkan?
Credit |
Credit |
Drive carefully ye...
No comments:
Post a Comment