Seperti yang dijanjikan, hari ni saya kongsikan resepi Ayam Bakar 'Hanis' dan nasi lemak yang saya TAYANG minggu lepas. Resepi Siakap Kerabu Mangga & pulut seri kaya tu kendian ye. Lupa bawak buku resepi hari ni.. hikhik.
Kenapa Ayam Bakar 'Hanis'? Sebab resepi yang saya buat tempohari saya cedok dari BELOG HANIS ZALIKHA. Hanis Zalikha? Yang menang award blog celebriti tu? Yang pelakon tu? Iye, tidak syak lagi. Keknis itulah..one of my fav past time is reading her blog.
Hanis buat 1 whole chicken, saya buat partial je. Saya tak bakar dalam oven, guna Pemanggang Ajaib je. Saya tambah carrot & kentang sekali. So the taste somehow or rather different kot, but yang pasti follow the steps and you'll definitely like it!
Untuk resepi & steps, please refer to Hanis's belog kay.
Second resepi for today is nasi lemak with sambal bilis Mak.
Nasi lemak masak macam biasa - letak santan instead of air. Tambahkan sedikit garam, halia, bawang merah hiris & daun pandan. Then masak nasi macam biasa.
Mana datang asal usul nasi lemak ni ye?
Diberitakan, pada zaman dahulu di sebuah kampung tinggal seorang tua bersama anak perempuannya yang cantik jelita. Si ibu hari-hari keluar menoreh getah, manakala anaknya tinggal dirumah menguruskan kerja-kerja rumah, antaranya memasak. Makanya, si anak ini kadang-kadang kehabisan idea memasak dek kerana hari-hari memasak.
Macam kitalah jugak kan, sebulan bulan puasa tu..minggu pertama semangat bagai dengan segala menu, masuk minggu kedua mulalah...
berbalik kepada cerita tadi...
Suatu hari, si ibu pulang dari kebun, lalu dihidangkan nasi oleh anaknya. "Eh, nasi apa yang kau masak ni Melur?" tanya si ibu, lain benar rasanya... Jawab si Melur, "nasi le mak". Nasi apa gini? berlemak je.. tanya si ibu tidak puas hati. Jawab si anak lagi, nasi le mak... begitulah akhirnya berkali-kali ditanya ibunya, dia hanya menjawab nasi le mak.. Akhirnya terbuka jugak cerita, "Melur boring la mak, masak nasi asyik taruk air je, jadi Melur tukar dengan santan..." jawab si Melur dengan tulus mulus dan kudusnya...:)
Begitulah hikayat nasi lemak yang saya petik dari majalah Ujang (kalau tak silap, dah lama baca masa kek sekolah menengah dulu). Hahahahahaha...
Ok, dah masak nasi lemak mesti ada sambal bilis kan? Kebiasaanya sambal dan ikan bilis diasingkan. Sambal tumis, ikan bilis, kacang goreng, timun & telur sebagai pelengkapkan? Berbeza dengan mak saya, bonda suka menumis sambal dimasukkan sekali dengan ikan bilis dan dimasukkan sedikit santan (anggaran 1/2 cawan) santan untuk segenggam ikan bilis. Sedap ke?
Marvelous!
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment