Monday, 25 February 2013

Abang 1st Coloring Contest


Hasil karya Abang

Baru-baru ini saya bawa Abang menyertai 'coloring contest' sempena majlis jelajah Tunas. Sewaktu sampai, acara dah bermula. Luckily, Abang masih boleh join. Dapat goodie bag - selain air kotak dan sweets, ada juga sekotak pensil color. 


Bertambah semangat... rasanya Umi yang lebih excited. Abang ngikut je...:) 


 Jangan tanya saya, Tunas tu apa... memang tak ambik pot pun, gigih bagi semangat kat Abang...over-excited pulak umi dia...:) Tak harapkan menang pun, yang penting exposure dan experience yang dia dapat. Itu yang saya nak provide dia, maklumlah zaman mak nya tak merasa semua nie. Hujung minggu tolong bonda kutip getah sekerap kat kebun je...:)

Gerai-gerai jualan turut disediakan. Memang meriah



Para ibu bersemangat memberi sokongan kepada jualan amal yang diadakan. Maunya idak, baju kurung sepasang RM10 je..

Anak-anak Pasti sedang berhempas pulas menyiapkan tugasan

Abang sedang tekun

 "Umi jangan bangun, duduk sebelah Abang"... sampaikan saya nak betulkan kedudukan pun dia tak bagi. Kena duduk dekat-dekat betul...

Rambut hijau, kulit merah... adakah Abang sedang membayangkan alien? Hehehe

Yeah! Dah siap

Untuk lebih menyakinkan dia, saya minta dia sendiri hantar kepada Urusetia. Bila diminta mewarnakan rama-rama tu, dia cakap "tak mau, dah tak larat". Masa yang diperuntukkan 1 1/2 jam, tapi Abang siapkan dalam masa 40 minit je. Biasalah budak-budak, mana dia nak duduk setempat diam-diam kan.


Hafiz Hamidun & Ustaz (tak ingat nama) sedang menghiburkan penonton dengan sembang santai

Uish, nape ngan gambar nie? Kita citer next entry k
Abang menang ke? 
Entahlah...
kami balik awal...
hehehe

No comments:

Post a Comment