Monday, 4 February 2013

Siakap Kerabu Mangga & Pulut Seri Muka


Letih jugak buat entry berepisod nie...:) 


Siakap Kerabu Mangga

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap
 1 biji mangga - cincang halus ~ saya guna 1/2 je
1 cawan suhun - celur & toskan
1 biji tomato - didadu
1 biji bawang besar - didadu
2 batang daun ketumbar - dimayang halus
5 biji cili api
4 ulas bawang merah
4 s/m udang kering - rendam
sedikit belacan bakar
3 s/m kacang tanah - sangai (goreng tanpa minyak) dan tumbuk kasar
Sedikit gula melaka - hancurkan 
Garam 
Serbuk kunyit 
Minyak

 Caranya:-
1. Gaulkan ikan dengan garam & kunyit ~ saya tambah tepung jagung
2. Goreng ikan hingga masak. Ketepikan.
3. Cili api, bawang merah, udang kering dan belacan ditumbuk lumat
4. Gaulkan semua bahan diatas. Perisakan
5. Hidang bersama ikan goreng tadi.  


Seri Muka
Sumber: SDK 06/11

Bahan A (lapisan atas)
1 cawan pati santan
2 biji telur
3 s/b gula pasir
30 gm tepung gandum
Air daun pandan 
1 camca tepung jagung - saya tak letak
Sedikit pewarna hijau
Secubit Garam

Bahan B (lapisan bawah)
1/2 cawan pulut - bersihkan & tos
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam

Caranya:-
1. Masukkan semua bahan A dalam bekas dan kacau sebati. Jika kurang manis, tambahkan gula
2. Tapis dan biarkan seketika.
3. Panaskan pengukus
4. Masukkan bahan B kedalam loyang. Kukus hingga masak
5. Apabila pulut masak, tekan-tekan pulut tadi bagi mampat
6. Tuangkan bahan A ke atasnya
7. Kukus semula lebih kurang 30 minit atau sehingga masak 

Hidangkan dengan secawan teh. Walah!






No comments:

Post a Comment