Tuesday 29 January 2013

Teaser ~ Projek Hujung Minggu


Dah lama tak update blog, maklumlah tuan tanah bercuti. Bila saya cuti, blog pun ikut sama bercuti...:) 
Kebetulan cuti Maulud Nabi dan Thaipusam bersambung-sambung makanya cuti-cuti Malaysia la jawabnya. Kemana kita? 

For me, i took the opportunity untuk berehat serehat-rehatnya, spending time with my beloved yang baru balik outstation berhari-hari and mengasah bakat memasak saya. Tak lama lagi boleh masuk MasterChef kot...(wink wink).

So, projek 1 hari 1 resepi saya telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya...:) 
Resepi 1 ~ Snowy Cheese Cake
Resepi 2 ~ Nasi Lemak Mak Style
Resepi 3 ~ Siakap Kerabu Mangga
Resepi 4 ~ Ayam Bakar 'Hanis'
Resepi 5 ~ Pulut Seri Kaya

5 hari 5 resepi, kalau cuti sebulan, boleh dapat 30 resepi nie...:)

Untuk resepi, nanti saya buat next entry ye.. ini teaser je...:) 


Few months back, kami BERPIKNIK DI LAKE GARDEN, MAKAN NASI LEMAK. This time around kami piknik lagi, dekat Taman Tasik jugak, tapi taman tasik lain pulak. Kali ni makan nasi goreng pulak. 

Enjoy the pics ya! 


Mula-mula jogging dulu keliling tasik. Nampak tangga nie, gagahkan diri naik. Sambil naik kira anak tangga... Tau berapa? 50 anak tangga, sampai atas rasa nak tercabut lutut.. itulah, 'selalu sangat' bersenam.. 

Masa ni saya kat atas, Abang plak sedang berusaha nak naik anak tangga tu. Half way je sebab saya turun, takut dia jatuh sebab tangga tu menegak skit, silap2 boleh jatuh especially kalau silap balance badan atau terlepas pegang holder tu.



 Habis 2 round pusing (erk 1 1/2 round je sebenarnya..), aktiviti diteruskan dengan menyantap. Aktiviti paling best dalam hidup...:) Abang tengah sibuk susun bekalan sambil mulut berbunyi , " Umi, lapar la lapar..."

Nasi Goreng Campak-Campak je...:) Regukan dengan teh O & keropok goreng. Minta maaf le orang yang lalu lalang ye...:)
 Then we off to PJ, memenuhi jemputan walimah pertama untuk tahun ni. Thanks Shy for inviting us. The 'ayam goreng berempah' was superb!







No comments:

Post a Comment