Saya ditugaskan untuk menyediakan nasi arab (nasi mandy) semasa hari keluarga kami tempohari. Saya abadikan resepi yang saya cedok dari dapur I Resepi.Net.
Terima kasih banyak kepada empunya resepi.
Bahan-bahan ( 7 orang
makan )
PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI
* 1 1/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging
* 15 biji buah pelaga
* 15 kuntum bunga cengkih
* 15 biji lada hitam
* 1 sudu kecil jintan putih
* 1 biji buah pala (diketuk)
* 3 helai bay leaves a.k.a Daun Salam
* 1 inci halia (diketuk)
PENYEDIAAN NASI
* 3 cawan beras basmathi
* 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
* 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
* 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
* 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
* 4 biji buah pelaga
* 4 kuntum bunga cengkih
* 5 biji lada hitam
* garam secubit
PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI
* 1 1/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging
* 15 biji buah pelaga
* 15 kuntum bunga cengkih
* 15 biji lada hitam
* 1 sudu kecil jintan putih
* 1 biji buah pala (diketuk)
* 3 helai bay leaves a.k.a Daun Salam
* 1 inci halia (diketuk)
PENYEDIAAN NASI
* 3 cawan beras basmathi
* 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
* 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
* 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
* 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
* 4 biji buah pelaga
* 4 kuntum bunga cengkih
* 5 biji lada hitam
* garam secubit
Caranya:-
- Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves/daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging.
- Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang.
- Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
- pindahkan ke periuk nasi elektrik. (Kalau nak biarkan kat dapur gas pun tak mengapa.. masak nasi sehingga masak). Bila sudah masak, bolehlah titik pewarna kuning. Kalau tak nak pun tidak mengapa.
- Hidang nasi bersama Salata , telur masin, acar timun atau sebagainya.. Selamat Menjamu selera nasi mandy Lahm(Daging)
PENYEDIAAN SALATAH
* 2 biji tomato
* 2 cili merah
* 1/2 biji bawang besar
* sedikit daun ketumbar
* lemon
* garam & gula secukup rasa
Untuk salatah , kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon
(kisar tanpa air). Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya
bersama perahan lemon.
Hasilnya?
Nasi Mandy |
Salatah - cair sikit sebab terkisar dengan air, patutnya blend kering ye... |
Mixed salad - zuchini, tomato & salad sebagai additional menu |
Sup Ayam - prepared by my beloved biras bongsu |
Ayam goreng & jelatah tu bukan original set untuk nasi arab, tapi memandangkan kami sangat kreatif makanya ditambah sekali dalam menu (ayat cover..:) |
Sebenarnya takut lauk tak cukup...:)
No comments:
Post a Comment