Monday, 17 December 2012

Library AEON Keramat

Cuti sekolah masih berbaki kira-kira 10 - 12 hari lagi. Mungkin bagi ibubapa yang sudah kekeringan idea untuk memanfaatkan cuti sekolah ini, saya cadangkan anda membawa permata hati anda ke Perpustakaan Awam yang terletak di AEON Keramat.

Walaupun saiznya kecil, tetapi amat selesa untuk bersantai bersama anak-anak disamping menggali khazanah ilmu. Buku pelbagai genre disediakan, termasuk juga kemudahan internet. Difahamkan anda boleh juga meminjam buku tetapi saya tidak sempat bertanya akan prosedurnya. Perpustakaan ini terletak di tingkat bawah AEON Keramat. 


 Susun atur dan interior design yang sungguh ohsem. Masuk dalam ni rasa macam taknak balik rumah... Seronoknya hidup kalau boleh bergolek-golek dengan buku. I got an idea how to make over our home library. Yang bulat frame hijau tu LCD tv, sangat menarik dibingkaikan begitu. Tetiba mood nak make over rumah menjadi-jadi plak...:)



 Berkenan sangat dengan wall paper tu.  Sabar-sabar...









 Open on Sunday. Boleh bawak kids during weekend, penat study bagi diorang mandi air pancut kat luar tu. Mesti kids suka sangat-sangat. 



Jom kita jada Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya! 


No comments:

Post a Comment