Wednesday, 5 December 2012

Aku... Teristimewa

While 'flipping' thru KOSMO online today, there is an article that caught my eyes. KLIK SINI UNTUK ARTIKEL PENUH.

Saya seorang kidal. Dan rupanya saya antara 10% penduduk DUNIA, bukan Malaysia okeh yang kidal! Wow, special kan? Hahahaha... apa yang special pun tatau, tapi yang pasti saya rasa orang kidal memang unik! Malah, ada hari yang diwujudkan untuk istimewa untuk orang kidal i.e. Hari Kidal Antarabangsa Sedunia, yang diraikan setiap 13 Ogos. Info ini pun saya dapat dari artikel di atas. 

How special I am? 
 Memang special, macam 'kawan' saya kat bawah nie...:)

See? President Obama pun lefties..:)

Semasa darjah 1, saya telah di pilih oleh guru untuk masuk pertandingan menulis (dah lupa rumi atau jawi) tapi praktis menggunakan buku 'garis tiga'. Mulanya saya tak hadir ke sesi latihan kerana saya fikir kawan saya (kebetulan nama kami serupa) yang dicalonkan tapi rupanya saya yang jadi pilihan cikgu. W/pun tak menang, tapi sekurang-kurangnya ada pengiktirafan di situ bahawa tulisan saya w/pun kidal ianya bukanlah buruk...:) 

Di sekolah menengah, seorang guru menggelarkan saya 'special' or he fondly call me 'Iswara'. Kenapa? Sebab saya satu-satu murid dalam kelas dia yang kidal. Everytime nak jawab / tanya soalan, the teacher will address me as Iswara! Fanatik betul ngan Proton Iswara agaknya...:) By the way, thank you very much Sir for making what I'm today! Berkat doa cikgu tu agaknya, akhirnya saya memiliki sebuah kereta Iswara! 

Namun, saya juga pernah ditegur oleh rakan yang saya amat hormati (sebab dia wara' di kalangan kami) agar menulis menggunakan tangan kanan - lebih berkat & afdhal katanya. Terkesan sekejap dengan nasihat beliau, praktis la menulis dengan tangan kanan. Tapi tak jalan....:) 

Sewaktu di universiti, saya mempunyai masalah mendapatkan kerusi  yang beserta meja (ala, kerusi yang di attached skali ngan meja, nak duduk kita angkat skit meja tu, then duduk turunkan balik meja tu) di kelas kerana kebanyakkan dicipta untuk orang biasa - saya luarbiasa k! Terpaksalah duduk secara menyeget, ambil nota dari lecturer. Gigih masa tu...:) Agak-agak dengan U sekarang dah tak pakai ke kerusi tu? Google nak cari image takde pun... 

W/pun dalam banyak urusan seharian saya menggunakan tangan kiri, tapi untuk menjamah makanan & minuman semestinya tangan kanan! Yang penting, hargailah diri kita sekiranya ingin dihargai.





No comments:

Post a Comment