Wednesday, 12 December 2012

Bayu Hotel, Baling, Kedah

Sewaktu AKAD NIKAH AIDA tempohari, kami sekeluarga menginap di Bayu Hotel, Baling. Untuk makluman, daerah Baling terletak di negeri Kedah Darul Aman. Di daerah terpencil ini telah tercatat beberapa peristiwa penting dalam negara kita antaranya Rundingan Damai Kerajaan & PKM antara YM Tunku Abdul Rahman Al Haj & Chin Peng dan Tragedi Memali.  

Menurut cerita orang-orang tua, Baling mendapat namanya kerana peristiwa yang ada hubung-kait dengan kisah Raja Bersiong. Sewaktu melarikan diri dari rakyat yang marahkan baginda kerana 'dahagakan darah' rakyat, baginda telah lari sehingga ke daerah Baling. Di sini, beliau telah mencabut taringnya dan membaling taring tersebut. Makanya, dinamakan orang tempat ini BALING. Wallahua'lam.

Terdapat kemudahan penginapan yang terhad di pekan kecil ini. Salah satunya ialah Bayu Hotel, yang di asaskan oleh seorang usahawan (saya tidak pasti beliau anak tempatan atau orang luar) yang terkenal dengan syarikatnya - Ramli Motors. Jika sebut Ramli Motors, hampir semua penduduk Baling mengenalinya. 

Bayu Hotel terletak hampir dengan pekan Baling di lokasi yang sangat mudah di jejaki. 





 Standard room. Cukuplah untuk keluarga kecil kami - 1/2 tidur atas katil, 1/2 tidur kat lantai. It's OK, at least we have had a good rest sebab besok was the D-Day for Aida. Mesti penat & sibuk.



 Aduyai, lupa plak apa nama tv tu. On the 'pc' then ada 3 channel sahaja available and one of it TV3. 



 Ballroom yang agak luas - sesuai untuk wedding, event dsbnya. 






 Ini kafe, just nice. But perhaps they could add more food with the RM130 per night we should get more food. We were asked by the kitchen staff to take 1 piece of begedel each only. Ala kak, buat ler lebey2 skit begedel tu, since the food served is so limited. Tak kenyang le kalau bededel besau duit 50 sen tu boleh amik seketul je sorang. Opal pun paling koman 2 biji dia ratah je...:) 
Please improve ye! TQ


The Lobby



Renovation sedang dijalankan di bahagian depan hotel to accomodate more visitors







Kenapa setiap hotel review kena ada gambar toilet ye Puan Hazel? Sebabnya saya sangat particular dengan kebersihan & kemudahan bilik air yang disediakan. Yang ini tip-top, black & white gitew. Cantik, kemas & bersih. 

Sekian, terima kasih daun keladi
Esok-esok datang lagi...:)

No comments:

Post a Comment