Friday, 23 August 2024

Lunch Hari Jumaat

Hari Jumaat biasanya Ummi tak masak untuk lunch. Hari² makan masakan sendiri, Jumaat tukar selera plus Jumaat selalunya busy dengan urusan sekolah anak⁴. Malas nak terkejar², beli je food for lunch

Dah 2 minggu berturut² dah Ummi beli dekat sorang Akak ni. Jual lauk² kampung harga rahmah jugalah. 

Minggu lepas...

Minggu ni ... 
Adik nak Nasi Kukus Ayam Berempah jadi Ummi dengan Kakak je beli dengan Akak tu. 

Air mineral dapat percuma. Ummi ingat minggu lepas je rupanya minggu ni pun dapat. Agaknya setiap Jumaat Akak ni sedekah air mineral untuk pelanggan dia. Sebab pernah beli hari lain, takde pula dapat air mineral ni :) 

Seronok kalau jumpa peniaga yang suka bersedekah, yang tak lokek ni... Kadang beli buah/kuih ada juga peniaga bagi lebih, sedekah katanya. Ummi suka support peniaga² begini. Bukan sebab nak dapat lebih @ nak barang percuma tapi sebab sikap mereka yang suka bersedekah tu buatkan kita lagi seronok nak support dia. Manalah tahu ada juga pahala untuk kita kan... 

Thursday, 22 August 2024

Dating Dengan Kakak @ Richiamo

Sementara tunggu Adik balik dari rombongan sekolah Ummi lepak dengan Kakak di Richiamo Prima Sri Gombak. 

Tak bagi ambil gambar dia, gambar tangan je :p 

Ni kira treat untuk dia jugalah. Banyak achievement dia lately; MSSD BoJa, KAMIL Negeri dan result PPT dia alhamdulillah sangat membanggakan wpun banyak ponteng kelas pergi latihan BoJa dan choral speaking. Turn Adik nanti, bila Kakak pulak pergi rombongan. Tapi beli juga Boba Tea satu untuk Adik. 

Ummi pilih set jimat ni; croissant & kopi latte. 

Nanti kita date lagi ye Kakak 🫶

Wednesday, 21 August 2024

Adik ~ Rombongan Darjah 2



Rezeki Adik tahun ni ada lagi rombongan sekolah untuk Tahun 2. Tahun lepas Adik ke Kidzania dan Kilang Coklat Ryverra. 

Tahun lepas pergi yang jauh dulu, yang dekat kemudian. Tahun ni tukar, pergi yang dekat dulu baru yang jauh. Mula tu Ummi risau takut balik malam macam tahun lepas.  Alhamdulillah kali ni ikut schedule 👍

Wajib bergambar dulu sebelum naik bas :D 
Adik Bas B, dengan cikgu² kelas dia dan cikgu muda belia yg rajin share gambar haha... Ummi suka lah dapat tengok banyak gambar Adik ☺️

Duduk dengan bff dia dalam bas. 
Bff Adik ni patutnya tak dapat pergi sebab terlambat isi form, link penyertaan dah tutup. Tapi rezeki dia, ada sorang classmate diorang terpaksa tarik diri atas urusan keluarga, dia ganti. 

First stop, Balai Bomba Selayang. 

Adik pakai baju Bomba. Berat, panas dan tebal Adik kata suit Bomba tu. Semoga abang2 Bomba kuat dan sihat selalu, mencabar tugas dan tanggungjawab depa 💪

Kemudian ke Muzium Coklat Kota Damansara pula. Cikgu pesan bawa RM30 untuk beli belah di sini. Tapi Adik cakap mahal² coklat kat situ, dia beli gummies je untuk Ummi & Kakak. 

Dia spent RM15 je katanya termasuk few barang untuk dia. 

Lepas lunch dan solat Zohor, depa bertolak ke Farm in the City...


2 ekor parrots datang dekat Adik, sukalah dia. 

Kebanyakan binatang semuanya jinak. Tapi ada juga kawan² Adik menangis kena kejar dengan kambing 🤭 

Tapi ada juga haiwan liar 👇

Diorang lalu di bawah, ular ni atas diorang. Kalau Ummi memang tak akan lalu, sebab Ummi takut dengan ular. Tengok gambar ni pun meremang. Geli! 

Selesai melawat depa bertolak balik ke sekolah. Alhamdulillah pukul 6 dah sampai. Syukur selamat pergi dan selamat balik. 

Muka penat tapi happy :) 




Tuesday, 20 August 2024

Naik 6 Kupang

Tertarik nak cuba sos tiram jenama ni bila tengok harganya lebih murah drpd jenama² lain. Berat 510g, botol saiz sedang tu... 

Sedap sos tiram ni, ada rasa manis². Sos tiram ni letak dalam sayur campur dan nasi goreng sedap 👍 

Sempat beli 2-3 botol dgn harga tak sampai RM5/botol ni rasanya; bukan beli sekali gus tapi bila habis repeat beli. Selalu Ummi beli dekat kedai Acheh je, sentiasa ada stoknya. 

Kelmarin nak re-stock, eh dah naik harganya walaupun masih harga promosi 🤭

Naik 6 kupang... 
Kupang = sen. Jangan tak tau, orang Kedah masih guna ya perkataan kupang ni. Tapi anak⁴ Ummi tak la, depa claim depa orang KL sebab lahir kat Pusrawi KL haha... 

Baru perasan, duta produk ni Nabil. Ingatkan Saheizy Sam. Ke Sam duta untuk kicap dia? Speaking of kicap jenama ni, Akak Kedai cakap kicap pedas jenama ni sedap,  Buat cicah dgn buah²-an sedap katanya, rasa ala² kuah rojak. Ummi tak pernah beli kicap depa sebab selalu beli kicap Jalen. 

Biasalah harga barang²; naik tu biasa, kalau turun tu luarbiasa.  


Jammed Terok!

Sekarang hujan sebelah petang. Biasanya time Ummi nak keluar ambil anak² sekolah, hujan. Semalam pun sama... 

Disebabkan masih fobia dengan banjir kilat di Greenwood 2 tahun lepas, Ummi ikut highway. Lebat hujannya, ada juga tempat digenangi air dekat highway tu pun. Tapi alhamdulillah lancar pemanduan Ummi hinggalah susur keluar dari highway tu... 

Adoi, jammed melekat! 
Tapi syukurlah hujan dah berhenti, jika tidak lebih mencabar nak memandu. 

Hujung jalan ni bercabang dua; satu susur ke kiri, satu ke kanan. Lane kanan ni laju, sebab ada traffic light dan aliran trafik juga rendahUmmi ambil lane kirilah sebab nak ke kirikan. Masalahnya, ramai yang ikut kanan mulanya tapi sampai simpang bercabang tu depa cilok ke kiri. Jual ikan! Kebanyakan ni memang nak pick up anak dekat sekolah sebab ada banyak sekolah area sini kan... Tapi, itulah bila dah ramai jump que, flow trafik terganggu, kesabaran masing² pun makin menipis. Bayangkan dekat sejam tersekat bodo² je kat sini. Betapa hati ni risaukan anak hanya Allah yang tahu. Dengan segala macam kes lately, rasa nak menangis pun ada! 

Tup² bunyi kereta berlanggar pulak! Kereta depan Ummi, tercium bumper kereta depan dia! Allahu agaknya dah penat, boring, stress merangkak² je trafiknya tanpa sedar terlanggar orang depan :( 
Semoga dipermudahkan urusan mereka 🤲

Akhirnya lepas sejam baru Ummi sampai di sekolah. Alhamdulillah perjalanan balik lancar cuma trafik agak tinggi. 

Monday, 19 August 2024

Ala² Sandwich Wanpaku

Bila melawat anak di asrama ni, ada ketika nak we-time sekeluarga je, bawa bekal ala kadar atau beli je. Ada masa mood rajin, masak extra untuk kongsi dengan kawan² anak. 

Semalam mood rajin, Ummi buat sandwich ala² Sandwich Wanpaku untuk minum petang. Abang tuition sampai pukul 4, terpaksalah datang petang. Sebelah pagi pun ada kelas juga. 

Susun bahan² dulu; 
> Sosej belah dua, jangan sampai terpotong. Kemudian goreng sekejap dengan sedikit minyak.
> Crabstick hiris halus, dan celur dalam air panas seketika. Tos dan keringkan sebelum letak atas kepingan roti. 
> Setiap satu roti tu pula Ummi sapu sama ada mayonis atau cheese sauce sebelum diletak bahan² di atas. 

Ambil setiap kepingan tu, susun pula bertindan. Atas sekali ambil roti kosong dan sapu mayonis/cheese sauce. Kemudian potong dengan pisau yang tajam. 

Bolehlah Abang share dengan kawan² sorang sikit. Kakak saja pun dah 3 keping dia ngap haha... Lapar, baru habis tuition. 

Selain sandwich Ummi goreng juga bihun dan buat Teh Tarik. 1½ bungkus bihun Ummi masak, pakat² makanlah sorang sikit. Kami sampai time Asar, anak² asrama yang tiada pelawat kena solat berjemaah di surau. Yang jumpa keluarga, dikecualikan. Nanti pandai²lah Abang share dengan kawan² dia. Ummi bagi sekali piring dan sudu garfu plastik. 

Bila time malas, gini je bekalnya ☺️




Sunday, 18 August 2024

KAMIL ~ Choral Speaking


Hikmahnya bila Kakak terkandas di peringkat KAMIL Zon dalam acara solat jenazah, Kakak berpeluang untuk ke uji bakat acara Choral Speaking. Untuk acara CS ni, terus ke peringkat negeri, tak perlu lawan peringkat zon atau daerah. Dan tak silap Ummi hanya untuk SRAI saja. SRA dan KAFA tak terlibat acara ni walaupun acara² lain yang mana menang di peringkat daerah layak bertanding utk peringkat negeri. 

Syarat pertandingan kena ada penglibatan murid Tahap 2 dan murid Tahap 1. Adik pun pergi juga audition dan alhamdulillah dia berjaya. 

Hari pertandingan, sebelum Subuh dah kena ada di sekolah sebab 6.30 pg dah nak gerak ke SAM Bandar Baru Salak Tinggi, tuan rumah kali ni. Tahun lepas KAMIL Negeri diadakan di SRA Sijangkang. Tahun lepas Kakak dgn Angah, tahun ni Kakak dgn Adik. 

Tahun ni 1 bas je, peserta yang berjaya ke peringkat negeri tak seramai tahun lepas. 

Angah datang bagi sokongan dekat adik² dia. Abang tak balik minggu ni. 

Giliran ke-11, team terakhir buat persembahan. Dalam pukul 11 pg selesai dah acara CS ni. 

Ada gerai² jualan, sakanlah anak² ni shopping,  sekolah bagi RM20/seorang. Harga makanan pun standard kantin sekolah, mampulah budak² nak beli pun. 

Kakak & the gang kelaparan. Ummi belanja  aiskrim Malaysia. Makanan macam biasalah  depa pilih; ramen la, pasta la... Makan tengahari pula penganjur bagi Nasi Ayam. 

Ummi beli pizza ni, satu slice RM3.50 je. Ambik satu box 8 slices RM25, lebih jimat. 

Sedap tau, lembut pizzanya sampai ke petang. Highly recommended 👍 
IG/FB ada kat kotak tu. 

Ajak anakanda berdua ni balik sekali, sebab acara penutup lepas Zohor. Kami malas nak tunggu jadi decided untuk balik dulu. But both of them nak balik naik bas juga. Seronok kata depa. Iyelah bila lagi nak merasa naik bas ramai² dengan kawan²/cikgu² kan...

Alhamdulillah keputusannya ada beberapa orang wakil sekolah Kakak naik pentas;  

Johan Bercerita BI P 
Naib Johan Bercerita BI L 
Naib Johan Khat L 
Tahniah! 

Nampaknya belum rezeki team CS untuk menang. 

Cenderahati penyertaan dapat beg dari JAIS.  

Kita cuba lagi tahun depan 💪