Seperti tahun² sudah, Ummi lebih pandai menunjuk² kuih raya, dari membuatnya 🙈
Every year Ummi beli dengan dia, dari harganya RM10 sebalang sampai sekarang harga naik RM14, Ummi beli sebab sedap dan harganya masih mampu beli. Ada offer 6 balang RM80 (dlm RM13.30 satu balang), Ummi belilah satu set. Dapat sampul raya juga.
Ahad lepas Uncle Shy datang rumah hantar Almond London. Yang ni pun kira murah, RM20/sebekas. Dijamin sedap juga sebab airtangan US ni lama dah kami makan, kena dengan selera. Duit raya tu untuk anakanda berempat. Tq US, mudah-mudahan bertambah luas pintu rezekinya 🤲
Pelbagai jenis kerepek ni pula Ummi tempah dengan kenalan dari Muar, Cik Nor. Berhubungan melalui WA je, sejak 4 tahun lepas masa Abang dapat masuk SMKA TMUA. Anak CN senior sekolah tu, jadi banyaklah juga Ummi tanya itu ini selain bertanya dgn arwah Abe dan isterinya, Cik Dora yang juga kawan baik anak CN. Kerepek banyak² ni Ummi sedekahkan dekat cikgu² kelas dan guru halaqah Abang, selain untuk makan sendiri.
Ni pula semperit, Walid order dgn ex-officemate. Sebalang RM35. Dulu Ummi tak tau pun kuih ni namanya semperit, sebab kenal yang jenis bunga tu je... Tart Nenas pun sama, kenal tart gulung je. Jenis bunga² yang jem kat atas macam bawah ni 👇Mai ke ibu kota baru kenal ☺️
Alhamdulillah campur 2-3 jenis yang Ummi buat, meriah jugalah kuih raya tahun ni. Tak tunggu raya, bulan puasa ni pun kami ngap dah. Sebab bulan puasa ni tengok itu, tengok ini jadi teringin. Jadi, lepas berbuka pakat pegang balang sorang satu 🤭
Sebab tu yang dah tinggal balang pun ada :D
